Personal blogs
bannerWELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik SINI Cantik tak gambar kapel yang tak dikenali sebelah ni??
Jan
29th

7 Langkah Jangan Lakukan Selepas Makan

Dikarang oleh Mr. Cuz | dalam Dunia Info

Tengok tajuk macam best.. Best ker?? Kalau nak tau baca la sampai habis.. Entri kali ni aku tujukan pada mereka yang ingin mengamalkan diet seimbang.. Nak dapatkan tubuh badan yang sihat bukannya mudah.. Tapi tak pula susah untuk korang dapat jika korang melakukan cara pemakanan yang betul.. Aku ni bukanlah pandai sangat bab² kesihatan ni, tapi aku ingin kongsikan dengan hasil pembacaan aku..

Untuk tidak membuang masa aku teruskan jela 7 Langkah Jangan lakukan Selepas makan.. Macam pelik je bunyinya kan.. Maklumla, kebiasaannya korang akan baca 7 Langkah Perlu Dilakukan Selepas Makan.. Biar bunyinya lain asalkan badan korang menjadi sihat..hehe

1. Merokok – Kepada perokok² sekalian, kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil sepuluh batang rokok di mana risiko mendapat penyakit kanser adalah tinggi.. Betul ker?? Entahla bro, aku sendiri tak buat kajian ni so aku tak tau la.. Tapi memang banyak pendapat yang mengatakan ia bahaya.. So memang bahaya la..

2. Makan Buah – Buah apa yang paling sedap wahai jejaka sekalian?? Jawab dalam hati je tau..wakaka Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin.. Mak aku pun selalu cakap benda ni.. So memang betulla ni..huhu Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau satu jam sebelum makan.. Lamanya la.. Kalau lepak restoran masa rehat ni mana sempat nak masuk keje ni.. Rehat waktu kerja pun sejam jer..huhu

3. Minum Teh – Daun teh mengangdungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang korang ambil sukar untuk dihadamkan.. Betul ke kajian ni?? Setahu aku la, air teh ni sedap jer.. Elok pulak tu untuk mereka yang mengalami cirit-birit.. Maknanya makan tu elok jela dihadamkan.. no komen la bahagian ni..huhu

4. Longgarkan Tali Pinggang – Kes sebegini kerap dilakukan kerana korang rasa terlalu kenyang, bukan?? Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba0178 akan memudahkan usus korang terbelit ataupun tersekat.. Bagi abang² di luar sana yang mengalami perut buncit tu jangan amalkan benda ni yer.. Risau pulak korang akan melakukan pembedahan..huhu

5. Mandi – Mandi boleh menyebabkan aliran darah mengalir banyak ke tangan dan badan lantas jumlah darah berkurangan di bahagian perut.. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah.. Perkara ni juga selalu dipesan-pesankan oleh rakan² aku dan kata mereka ni mandi selepas makan akan boleh menyebabkan kebuncitan perut berlaku..haha So sama² la kita tidak mengamalkannya yer..

6. Berjalan – Adalah tidak benar bahawa kenyataan berjalan 100 langkah selepas makan membolehkan korang hidup sehingga 99 tahun.. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi² dalam makanan yang diambil.. Oleh itu, bagi mereka yang ingin kembali ke tempat kerja selepas makan tengah hari tu sila la membawa kenderaan yer.. Dan pastikan korang tak berjalan lebih 100 langkah selepas makan..wakaka

7. Tidur – Macam yang korang tau la, lepas makan mesti mata rasa macam nak tidur je kan.. So kalau korang tidur selepas makan, makanan yang korang ambil tu tidak akan dapat dihadamkan dengan sempurna.. Ini akan menyebabkan korang mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus dan yang paling ketara korang akan mengalami kebuncitan perut dengan cepat..haha

Macam mana dengan info yang aku sampaikan kali ni.. Menarik kan.. Aku harap dengan info yang tak seberapa ni korang dapat la sedikit ilmu mengenai cara pemakan korang tu.. Dan bagi yang ingin berdiet sakan tu aku harap korang dapat la mengamalkan sedikit perkara ni.. Pesanan ni bukan sahaja aku tujukan untuk korang, tetapi untuk diriku aku sendiri terutamanya.. Sekian…

p/s : segala info di petik dari salah satu majalah di Malaysia ni dan segala penambahan dilakukan oleh aku sendiri..hahaha

  • Share/Bookmark

Entri Dibawah Mungkin Berkaitan

Subscribe to updates

10 komen. Ada pendapat yang nak di kongsikan??

  1. ezan
    Jan 29, 2010 at 20:17:52
    #1

    pakwe sy pun mrokok pas mkn..xtau la pe yg best sgt ngn rokok 2…huhu..cuz ader cadangan x untk die kurangkan merokok?huhu..

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @ezan, :cute: xde tips la cik ezan..bia la dia nak merokok tu..hahahaha :haha:

    Quote

    [Reply]

  2. ezan
    Jan 29, 2010 at 20:22:41
    #2

    erm..i think diz tips mmg bagus utk si dia yg nak diet n utk kesihatan yg lbey baik….hope diamalkan slalu all those things.. :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

  3. Fathiha Zainal
    Jan 29, 2010 at 21:31:54
    #3

    Wah! Mcm seorang pakar lak Mr Cuz! Nice share nway.. :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Fathiha Zainal, ade la sikit..ahakz..

    Quote

    [Reply]

  4. mira
    Jan 29, 2010 at 22:16:43
    #4

    wahh .
    good info !
    thanks for sharing ea :))

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @mira, sama2..hehe

    Quote

    [Reply]

  5. AJ
    Jan 30, 2010 at 07:49:45
    #5

    Hari2x makan dok kurus lagi jer… AJ makan banyak pun sama kurus keding ja. wakakaka

    Nampaknya kena buat aktiviti makan dan tidur pas ni coz baru r leh badan naik sikit… hehehehe

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @AJ, ha bagus sgt la tu AJ..mkn tido nnt jd penyakit plak..ahakz…

    Quote

    [Reply]

  6. PoJiePooh
    Feb 12, 2010 at 21:01:11
    #6

    Hahaha, ini petua dan tips dah byk kali POjie baca..
    Tp amalkannyer nan ado..
    Btw thanks for the tip Mr Cuz :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

Add to Technorati Favorites

Tinggalkan komen

Tags:
Separate individual tags by commas

This site employs the Wavatars plugin by Shamus Young.

wordpress seo