9
Sep

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada seluruh umat Islam tidak kira lah dimana jua anda semua berada. Macam yang semua dah tahu, tarikh menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah esok bersamaan 10 September 2010. Jadi sebelum aku terlupa eloklah aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dulu kan kerana pada Hari Raya ni manalah sempat nak belek² blog ni.
Disebabkan esok dah Hari Raya bermakna hari ni ialah hari terakhir kita semua berpuasa. Bagaimanalah perjalanan kita disepanjang bulan Ramadhan yer.. Renung-renungkanlah dengan apa yang kita telah laksanakan disepanjang bulan Ramadhan. Kalau ada yang terkurang tu boleh la ditambah dengan mengerjakan Puasa 6 nanti yer. Read the rest of this entry »
6
Sep

Lama betul aku tak mengeluarkan entri baru semenjak entri kedua pertandingan Hidup Seorang Blogger hari tu. Hari ni terdetik aku untuk menulis satu entri yang ditujukan khas buat orang yang tersayang. Entri ini juga sebagai menebus kesalahan aku semalam yang lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi kepadanya kerana sibuk melayan RAN Online.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada Farizan Bt Zulkifli yang telah bertambah usianya pada hari ni iaitu 6 September 2010. Dah tua rupanya awek aku ni.haha Jangan marah ye sayang.. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh kita ni. Kang lambat² risau pula melepas kan..hahaa Read the rest of this entry »
29
Aug

Hidup Seorang Blogger 2 bermula… Selamat bertemu kembali bersama aku di entri Hidup Seorang Blogger. Nampaknya demam contest Hidup Seorang Blogger semakin hebat dikalangan para blogger sekalian. Tidak ketinggalan juga aku yang turut merasai bahang demam contest Hidup Seorang Blogger. Wal hal aku sendiri sibuk bermain game..muahaha..Sedar tidak sedar contest Hidup Seorang Blogger ini telah sampai ke peringkat kedua iaitu aku dan para peserta lain perlu menulis entri kedua mengenai Hidup Seorang Blogger. Jadi inilah cerita Hidup Seorang Blogger edisi kedua daripada aku.
Bagi seorang blogger yang baru macam aku, bukan mudah untuk mempromosikan blog. Membuat blog bagi aku adalah lebih mudah nak dibandingkan dengan mempromosikan blog. Tujuan utama mempromosikan blog adalah untuk memberitahu seluruh alam maya yang blog itu wujud. Kalau tak promosi buat apa buat blog kan. Bila dah promosi kompom la nak orang datang melawat dan membaca apa yang ada dalam sesebuah blog tersebut. Nak suruh orang baca mungkin mudah, tapi nak dapat pembaca setia memang la payah. Jadi aku sering lakukan blogwalking. Tujuan, menambah ilmu, menghilangkan boring dan meninggalkan jejak di sesebuah blog selain mempromosi blog. Read the rest of this entry »
22
Aug

Setiap insan di muka Bumi ini mempunyai cita². Setiap insan di muka Bumi ini juga mempunyai harapan dan matlamat. Setiap insan di muka Bumi ini mempunyai cerita dan rahsia masing². jadi inilah cerita dan rahsia aku yang akan aku semadikan di dalam entri Hidup Seorang Blogger. Aku harap korang dapat membacanya dengan penuh tumpuan dan keikhlasan.
Bukan mudah untuk menjadi seorang blogger. Bukan senang untuk hidup sebagai seorang blogger. Bukan mudah juga untuk menjadi penulis entri di blog yang baik dan disukai. Bukan mudah untuk membuatkan orang gembira apabila membaca entri yang ditulis oleh seorang blogger. Tetapi sangat mudah untuk mendapat kritikan sama ada kritikan membina mahupun menjatuhkan air muka. Inilah Hidup Seorang Blogger. Read the rest of this entry »
18
Aug
Salam 1Malaysia!
Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com
Read the rest of this entry »