27
Jul

Kenali Cuz

Author: Cuz

Assalamualaimualaikum dan salam sejahtera……

Cuz (bukan nama di dalam i.c beliau) nama diberi. Dilahairkan pada tanggal 19 Januari 1988 pada jam 0740 di salah sebuah hospital di Perak (kome anak perak ropenyer) Merupakan anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik (anak bongsu la tu) Di besarkan di Selangor oleh sebuah keluarga yang sederhana Mendapat pendidikan awal di salah sebuah sekolah di pelusuk selangor Melanjutkan pelajarannya (SPM) juga di Selangor tetapi di kawasan bandar la. Selepas tamat, beliau melanjutkan pelajarannya di Perak.

Buat pengetahuan ramai, Cuz adalah seorang yang pemalu, tidak sombong mahupun bongkak, suka melakukan perkara yang baru dalam hidupnyer, agak suka kepada cabaran, tidak suka menghafal sesuatu teori yang dibencinya, sukakan pengiraan tetapi bukan calculus, tidak pandai bergaya mahupun menggayakan sesuatu objek, mempunyai sifat-sifat penyayang yang tinggi dalam dirinya (dah la tu, panjang sangat dah).

Tujuan sebenar Cuz membina blog ini bukan sekadar suka-suka mahupun sambil lewa dan ketawa, tetapi beliau ingin mengetengahkan cerita-cerita yang menghiburkan tetapi bermanfaat kepada seluruh penduduk Malaysia mahupun dunia. Hidup ini penuh dengan misteri yang sukar kita ungkapkan tetapi pasti dapat di bincangkan. Pelbagai karenah manusia yang kita dapat lihat di Bumi yang indah ini samada yang baik ataupun yang buruk. Jadi sama-samalah kita nikmati hidup di dunia ini dengan penuh aman walaupun ada di negara-negara yang lain hidup dalam ketakutan dan semestinya kita patut bersyukur dengan apa yang kita nikmati saat ini.

Sebagai manusia biasa Cuz juga amat suka kepada keindahan alam semulajadi. Oleh itu, beliau juga ingin berkongsi dengan orang ramai mengenai keindahan alam yang wujud di muka bumi ini. Beliau juga mempunyai pelbagai pengalaman yang berharga yang ingin dikongsikan bersama. Oleh yang demikian, blog ini amat sesuai la bagi mereka yang ingin mempelajari ’something new’ dalam hidup ini dan bagi mereka yang ingin berkongsi pengalaman bersama Cuz.

Bagi mereka yang membaca celoteh ini sampai habis terima kasih la kerana Cuz agak kurang suka nak membaca…hehehe…Banyak perkara yang ingin ditulis tetapi penulis ini memang sudah malas nak menaip kerana jari-jemarinya sudah mahu melecet…hahaha…Teruskan la melawat blog ini dan jangan jemu-jemu memberikan kritikan kepada Cuz.

Ampun maaf dipohon jika ada salah dan silap di sepanjang pengelolaan Cuz di blog ini.

Sekian, terima kasih….

“Ada ubi ada batas, sudah baca harap teruskan membaca la”

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline Blogged.my online counter