
Kepada sesiapa yang tak tau, blog Cuzshar.com ni baru je dirobohkan ditubuhkan tak berapa lama dulu la di dunia ghaib internet ini…Usianya kini telah mencecah 2 bulan…Baru 2 bulan???Yela aku pun baru jer belajar berblogging ni…Aku pun tak tau macam maner boleh minat berblogging ni…
Pada awalnya aku ni juz suke main laman web social seperti Facebook (fs), Tagged, Myspace, Friendster jer…Aku suke dapat kawan baru kat sane, main game dan macam2 lagi la…(macam la kitorang tak tau)…Lame gak la aku menetap kat laman2 web social sampai la sekarang…Macam maner aku boleh start berblog ni???
Aku mule berminat biler aku diberitahu oleh seseorang pasal blog ni…Saper tu???Tak boleh diberitahu la…hehe..Budak yang pertama sekali menceritakan kat aku pasal dunia blog ni kawan kat kampung aku gak…Die mungkin dah top sekarang ni…Aku pun still mengikut perkembangan blog dier…Setakat ni aku takkan menceritakan pasal kawan aku tu sebab aku nak citer pasal aku jer…Mungkin di episod akan datang kot…(dah macam drama bersiri la pulak)
Macam maner aku tau nak start berblog ni???Aku cari la panduan yang ader merata kat dalam internet yang serba luas ni…Tekan jer search kat google terus jumpe…Bukan senang nak mulakan perjalanan sebagai blogger ni…Banyak bende nak difikirkan…Salah satunyer nak update blog la…Walaupun bende ni macam senang tapi susah sebenarnyer kalau takde idea nak menulis…(ala macam buat karangan gak la tu)
Bender lain yang aku rase susah nak menyusun data2 dalam blog ni…Leceh la nak edit saner nak edit sini…Perlukan kesabaran yang tinggi gak la kan…(penyabar la tu konon2nyer)…Pada mule pembinaan blog ni aku pernah tak tido la…Even sampai sekarang pun kurang tido…Entah aper yang aku dah buat dengan blog ni aku pun tak tau…hehehe…Paling aku benci nak edit kod html yang serba serbi pelik dan menyakitkan mata dan hati…Yela aku bukan pernah belajar nak edit2 kod ni…Kalau aku budak IT lain la kan….
Blog aku ni pernah jahanam gak waktu mula2 dulu sebab salah edit kod…Sampai nak masuk ruang admin pun tak boleh blah…Tapi semua tu aku anggap macam sesi PNP aku la…Banyak bende lagi aku kene belajar…Nasib baik la sekarang ni ramai blogger2 Malaysia yang memang power bab2 kebab blog ni…Boleh gak aku tanyer2 kan….hehehe
Sepanjang aku dalam dunia blog ni, aku ader beberapa blog yang menjadi panduan dan tunjuk arah aku untuk berblogging…Sebelum aku mule berblog pun aku dah usha2 blog diorang dah…Antara blog2 yang menjadi tumpuan aku dan menjadi inspirasi aku (ayat tak boleh blah) ialah menteil.net (mamat giler), megat.net, beatifulnara.com (blog artis malaysia ni), dan ader 2 3 lagi yang aku tak dapat nak ingat kat sini…
Aku pun ader join forum sebab kat saner macam2 bende yang kite tak tau boleh jadi tau…Aku kalau ader masalah mesti mintak tolong diorang punyer la…Contohnyer nak edit2 kod yang sememangnyer aku tak tau (dulu la)…Contoh forum yang aku join wangcyber…Mule aku ingat forum aper la ni…Tapi biler dah join seronok pulak rasenyer…Maner taknyer semuanyer peramah, sopan santun, baik, hormat ahli forum…Ehh…cukup la tu…Banyak pulak aku puji diorang…Kang terlebih bangge pulak…hehehe
Masih banyak kekurangan pada blog ni…Aku harap kepada pelawat blog aku dapat menerima keadaan blog ni seadanya dan aku akan cube memperbaiki kekurangan yang ader dari masa ke semasa…(ceh macam betul je ayat aku ni)…Banyak lagi aku kene belajar lepas ni untuk mempertingkatkan kualiti blog ini bukan sekadar dengan kuantiti bahan bacaannyer sahaja…Tapi kalau aku dah bosan sangat aku tulis jela aper aku nakkan…hahaha..
Cukup la sampai sini dulu…Banyak nak menulis lagi ni…Tapi tunggu la entri2 yang lain pulak…Kang tak terbace pulak korang…Ape2 komen boleh la korang beri kat bawah ni…Aku tak kisah pun..Aku terima dengan hati yang terbuka…(chewahhh)…
pengunguman : sebenarnyer entri ni aku nak letak mula2 penubuhan blog ni…Tapi tak sempat pulak…So aku letak la sekarang sebelum terlambat…hehehe…
WELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik 




Oct 1, 2009 at 17:35:19
Kak Jie mula2 berblog dgn blogdrive , kemudian blogspot sehinggalah bertukar ke wordpress hosting & domain sendiri.
popular atau terkenal sesuatu blog sgtlah subjektif, kadang2 kita terfikir
” ehh..entah apa2 blog ni, ttp fofuler”
selera org berbeza dan kehendak setiap org juga berbagai. Apa yg kita suka tak semestinya org suka..jadi hidup saja dgn blog kita…
:p
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
October 1st, 2009 at 6:19 pm
thanks kak jie…
blog ni akan cbe jd ape yg die nk jd….hehe
Quote
[Reply]
Nov 8, 2009 at 15:12:38
eh,aku baru terjumpe la entry nih….
blog nih nk jadi ape nanti? baru dua bulan da masuk acara marathon, lau 2 thn da leh menyeberang selat inggeris tuh…….(”,) papehal pon, gud luck untuk mu….
insyaAllah 2012 akan ku kuburkan blogku….
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
November 8th, 2009 at 7:42 pm
@petom, lame lg 2012 tu petom..hehe blog aku ni xtau la nk jd ape suatu hari nnt..mintak2 top la di serata pelusuk tanah air ni..haha :16:
Quote
[Reply]