6
Sep

Lama betul aku tak mengeluarkan entri baru semenjak entri kedua pertandingan Hidup Seorang Blogger hari tu. Hari ni terdetik aku untuk menulis satu entri yang ditujukan khas buat orang yang tersayang. Entri ini juga sebagai menebus kesalahan aku semalam yang lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi kepadanya kerana sibuk melayan RAN Online.
Pertama sekali aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada Farizan Bt Zulkifli yang telah bertambah usianya pada hari ni iaitu 6 September 2010. Dah tua rupanya awek aku ni.haha Jangan marah ye sayang.. Semoga panjang umur dimurahkan rezeki dan dipercepatkan jodoh kita ni. Kang lambat² risau pula melepas kan..hahaa Read the rest of this entry »
11
Aug

semalam buat pengetahuan korang semua aku telah pergi ke Klang untuk mengambil Certificate Of Competency aku dan sambil tu aku telah pergi menonton wayang. Apa punya cerita la aku cerita kat korang ni..adeh..untuk aku pergi ke Klang tu aku telah menggunakan khidmat Komuter KTMB dari TG. Malim sampai la Pelabuhan Klang.
Buat pengetahuan korang semua juga, untuk sampai ke Pelabuhan Klang aku perlu menukar tren sebanyak 2 kali, iaitu di Rawang dan diantara salah satu stesen pertukaran berikut ; Bank Negara, Putra, Kuala Lumpur, atau di KL Sentral. Selalunya aku akan tukar tren kat stesen KTMB Kuala Lumpur, sebab kat sana orang kurang sikit berbanding dengan KL Sentral. Read the rest of this entry »
4
Aug

Macam yang telah aku janjikan, ini merupakan sambungan terakhir daripada entri Masih Ada Cinta dan Kenapa Lelaki Sukar Katakan Cinta. Bagi korang yang belum membaca entri² yang sebelumnya sila² la untuk membaca entri sebelum ini kerana ramai yang telah membaca dan meminatinya.
Sebenarnya perbezaan gaya berkomunikasi antara lelaki dan perempuan dimulai sejak mereka masih kanak² lagi. Biasanya kanak² lelaki bermain bersama kanak² perempuan, dimana bahasa yang mereka gunakan untuk membina status ‘kelelakiannya‘ dengan memberi perintah, menunjukkan apa yang mereka ketahui, melontarkan humor dan membuat mereka sebagai pusat perhatian. Read the rest of this entry »
30
Jul

Akan ku kenang tarikh 30/7/2010 ini kerana pada tarikh inilah aku diberhentikan berhenti kerja secara rasminya. Korang mesti nak tau aku kerja kat mana kan. Aku bukan la kerja yang bagus sangat pun. Aku cuma bekerja sebagai pembuat PIZZA di Pizza Hut Tg. Malim, Perak. Kalau ada yang diantara korang pernah makan kat sana dalam tempoh 4-5 bulan ni, memang aku la yang buat pizza korang.
Aku mulakan cerita dan aku harap korang judged la aku samada aku ni kejam atau tidak. Aku bekerja sebagai pembuat pizza bermula seawal jam 8 pagi dan jangan korang pelik kerana Pizza Hut hanya akan mula beroperasi pada jam 11 pagi di Tg. Malim. Korang rasa apa la yang aku buat selama 3 jam di dapur Pizza Hut tu yer… Read the rest of this entry »
30
Jul

Tengok tajuk macam best.. Best ker?? Kalau nak tau baca la sampai habis.. Entri kali ni aku tujukan pada mereka yang ingin mengamalkan diet seimbang.. Nak dapatkan tubuh badan yang sihat bukannya mudah.. Tapi tak pula susah untuk korang dapat jika korang melakukan cara pemakanan yang betul.. Aku ni bukanlah pandai sangat bab² kesihatan ni, tapi aku ingin kongsikan dengan hasil pembacaan aku..
Untuk tidak membuang masa aku teruskan jela 7 Langkah Jangan lakukan Selepas makan.. Macam pelik je bunyinya kan.. Maklumla, kebiasaannya korang akan baca 7 Langkah Perlu Dilakukan Selepas Makan.. Biar bunyinya lain asalkan badan korang menjadi sihat..hehe Read the rest of this entry »