15
Aug

Amboi.. Banyaknya la entri aku pasal cinta ni kan.. nak kata hebat sangat tentang cinta ni tak ada la.. Tapi banyak plak entri pasal cinta.. Baiklah kita teruskan dengan topik hari ni iaitu Cinta Tak Semestinya Bersetubuh.. Apa yang aku nak tulis ni adalah kritikan dari hati aku yang kecil ni terhadap perkara yang aku lihat di sekeliling aku.. zaman sekarang yang aku nampak remaja semakin berani melakukan maksiat.. Maksiat yang aku maksudkan kat sini ialah hubungan seks diluar nikah iaitu zina (dalam Islam) dengan erti kata lain bersetubuh (bahasa melayu)..

aku pun tak faham dengan remaja masa kini.. Aku tak maksudkan semua tetapi ramai daripada golongan remaja ni yang melakukannya.. Ko Cuz termasuk tak?? aku tak buat la benda² ni semua kan.. Bercinta boleh tapi kenapa perlu sampai melakukan hubungan seks diluar nikah.. Tidakkah diorang sedar (ayat skema) bahawa dosa dan paling tidak pun akibat yang buruk apabila melakukan hubungan seks diluar nikah ini..

Aku pun naik hairan la dengan golongan yang seperti ini.. Yang perempuannya sedar ke tak bahawa bila dia melakukan hubungan seks akan menghilangkan status daranya.. Apa yang dia nak bagi kat suaminya nanti?? Adakah dara pada wanita zaman sekarang ni terlalu mudah untuk diberikan pada lelaki yang bukan suaminyanya?? Macam kompom je lelaki yang dia serahkan tu akan jadi suaminyanya.. Ntahla.. Aku pun tak tau..

Yang lelakinya tak sedar ke bila melakukan hubungan seks diluar nikah itu boleh mengundang penyakit pada diri diorang.. Aku kompom la kalau lelaki yang dah sekali buat mesti nak lagi punya.. Dan bila melakukan hubungan seks dengan ramai wanita lain kompom² la risiko untuk mendapat jangkitan sifilis (betul ke ejaan ni) tu tinggi.. Diorang sedar tak bahawa sifilis tu tak mempunyai ubat sehingga hari ini.. Aku dah pernah baca buku tentang sifilis dan aku tau cara untuk merawat buat sementara waktu sahaja dan penyakit itu memang tiada ubatnya..

Sedarlah wahai remaja sekalian, (wah dah macam PM) cinta itu tak semestinya bersetubuh kerana banyak cara lagi korang boleh tunjukkan rasa cinta dan kasih sayang korang tu kat pasangan korang.. Kalau korang tak tau meh sini Mr. Cuz a.k.a Dr. Cuz a.k.a expert mengajar korang cara²nya.. Tak payah la korang buat semua benda terkutuk tu.. Bukan sahaja masyarakat membenci korang tetapi Maha Pencipta lagi benci nak tengok muka korang..

Walaupun aku tak sesempurna mana tapi aku rasa bertanggungjawab untuk menasihatkan kawan² aku yang dah hanyut dalam syurga ciptaan diorang sendiri.. Seks hanya indah beberapa minit sahaja.. Akibatnya lebih lama daripada tu.. Aku harap korang semua renung²kan la ye dan selamat beramal..

p/s : entri ni aku ambil semula dari blog cuzshar-dot-kom..harap² korang kenang kembali blog itu..hehe

psstt..aku sekarang sibuk sikit dengan projek buat duit dengan game..so harap korang jangan marah kalau blog ni lama tak update..

psstt…mulai esok aku akan jadi cikgu math di sekolah kat kampung aku ni..haha so wish me luck yer…

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

This entry was posted on Sunday, August 15th, 2010 at 10:35 pm and is filed under cerita cinta. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or TrackBack URI from your own site.

Entri yang berkaitan

18 Responses so far to "Cinta Tak Semestinya Bersetubuh"

  1. 1 amira
    August 15th, 2010 at 11:06 pm  

    yep.. ini la jadik bila cinta yang suci dikhiniati..
    cinta tak pernah menkhinati tapi dikhianati pencinta yang kononnya bercinta!!

  2. 2 Farisha
    August 16th, 2010 at 1:05 am  

    Kalau dah bersetubuh sebelm kahwin, mmg dah lari dri landasan la jawabnya..Cinta mcm ni la yg menyebabkan ia jadi cinta yg kotor, kotor ngn hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri..terlalu pentingkan diri sendiri smpai telupa apa akibatnya di kemudian hari..cinta yg mcm ni la jgk penyebab hbgn 2 xb’tahan lama..dah dapat ape yg die nak, tggalkan mcm 2 jer..psgn yg buat bnda ni agaknye mmg xpk pnjg kot..xpk ke bila da buat smua 2 ada kemungkinan nk dpt anak..da pregnant pndai la sorok..da branak buang merata..mcm buang sampah je..SO HATE THEM!! Cinta sebegini WAJIB dijauhkan..makin byk bnda terkutuk n terlarag dibuat, makin byk la bnda2 buruk yg muncul..so dlm b’cinta jgn la terlalu mabuk cinta n dibuai ngn prasaan rindu..pape pun janji2 palsu yg ditaburkan jgn cpt terpengaruh..nnti mkn diri..mnyesal kemudiam hari pun xde gunanya..jgnlah bercinta kerana nafsu kerana itulah yg akan merosakkan diri..bercintalah kerana ALLAH kerana itulah cinta yg b’kekalan dan direhai..◕ ‿ ◕

  3. 3 mohammednajib
    August 16th, 2010 at 8:04 am  

    cinta itu x ikhlas.Memang mereka rasa seronok,tapi mcm yg dikata,itu kesronokan nafsu jer,perasaan cinta akhirnya hilang.yang ader hanyalah nafsu.

  4. 4 CRK
    August 16th, 2010 at 10:00 am  

    good entry. hurm, that’s what really happen now… i feel really sad when looking at this matter happen around. i don’t know why they act this way. Why a women need to bow for stupidity when they actually full of dignity? Why man need to be a monster when they’re actually a ruler of protector?

  5. 5 tehr
    August 16th, 2010 at 1:24 pm  

    cinta adalah suci dan sentiasa menjaga kesucian

    apa yang berlaku sekarang bukan cinta tapi sesi memuaskan hawa nafsu

  6. 6 hafidz
    August 16th, 2010 at 2:50 pm  

    Salam.
    Remaja sekarang ni memahami cinta itu adalah kepuasan diri sendiri sahaja.

    Moga mereka ini sedar akan kesilapan mereka, amin.

  7. 7 azizan4444
    August 16th, 2010 at 3:17 pm  

    nak jaga cinta pun susah..nak jg pasangan lg la susah..kalau dah bersetubuh itu bukan mkna cinta tp itu nafsu….

  8. 8 PoJiePooH
    August 16th, 2010 at 3:29 pm  

    Tak faham kenapa perlu buat tuh semua ek?? Perempuan la yang kene jaga betul². Lelaki mmg diakui sah2 gatal, miang n suka amik kesempatan, so perempuan kene la ada extra precaution.. lelaki tak kan ambil perempuan yg dia sentuh utk dijadikan isteri.. so ingatlah tuh..

    Love,
    PojiePooh Abdullah

  9. 10 suri
    August 16th, 2010 at 10:50 pm  

    apa nak jadilah zaman skrg..sukar nak d jangkan utk masa2hadapan kelak..

  10. 11 pawaka19
    August 16th, 2010 at 11:29 pm  

    cinta tak semestinya mendapatkan anak luar nikah..;p

  11. 12 hanif
    August 17th, 2010 at 3:05 am  

    banyak yg brcnta ikut hawa nafsu,akal sume tolak tepi..

  12. 13 ena
    August 18th, 2010 at 12:17 pm  

    style la sha jd cikgu plak skang… hehehee

  13. 14 cikbelog
    August 20th, 2010 at 8:32 pm  

    hmm betul tu. Kalau yea pun sayang, jangan sampai serah segala bagai kan..tu yang duk jadi isu buang anak. Jadik cekgu ek?gud luck yow~ :D

  14. 15 Nine
    August 21st, 2010 at 6:35 pm  

    no seks b4 kawen, salah satu dosa besar, takut nak jawab nanti kat akhirat..

  15. 16 suri
    August 21st, 2010 at 8:24 pm  

    oh tidak apa sudah jadi keadaan makintidak terkawal..huhu..sana sni buag ank ibrat manusia tu tak der hati dan otak jer huhu..

  16. 17 Cuz
    August 21st, 2010 at 8:44 pm  

    aku menghargai pendapat korang semua..nak balas komen korang semua ni mungkin tak mampu aku lakukan..semua pendapat yang korang bagi sangat² berguna..harap untuk mereka yang dah terlanjur tu baca la entri ni semoga kesedaran itu tibul di lubuk hati mereka..

    thanks kamu semua..i love u all..hehe

  17. 18 hate
    September 2nd, 2010 at 9:14 am  

    buat entry ni utk dri sndri ke…bgus2…i like…jgn pndai bckp je…tgk dri sndri dulu…

Leave a reply

Name (*)
Mail (*)
URI
Comment
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline Blogged.my online counter Blogosphere, Blogging Sites, Blog Traffic, Social News Aggregator, Website Traffic