Jul

Tengok tajuk macam best.. Best ker?? Kalau nak tau baca la sampai habis.. Entri kali ni aku tujukan pada mereka yang ingin mengamalkan diet seimbang.. Nak dapatkan tubuh badan yang sihat bukannya mudah.. Tapi tak pula susah untuk korang dapat jika korang melakukan cara pemakanan yang betul.. Aku ni bukanlah pandai sangat bab² kesihatan ni, tapi aku ingin kongsikan dengan hasil pembacaan aku..
Untuk tidak membuang masa aku teruskan jela 7 Langkah Jangan lakukan Selepas makan.. Macam pelik je bunyinya kan.. Maklumla, kebiasaannya korang akan baca 7 Langkah Perlu Dilakukan Selepas Makan.. Biar bunyinya lain asalkan badan korang menjadi sihat..hehe
1. Merokok – Kepada perokok² sekalian, kajian membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan bersamaan dengan mengambil sepuluh batang rokok di mana risiko mendapat penyakit kanser adalah tinggi.. Betul ker?? Entahla bro, aku sendiri tak buat kajian ni so aku tak tau la.. Tapi memang banyak pendapat yang mengatakan ia bahaya.. So memang bahaya la..
2. Makan Buah – Buah apa yang paling sedap wahai jejaka sekalian?? Jawab dalam hati je tau..wakaka Mengambil buah-buahan sejurus selepas makan akan menyebabkan perut menjadi kembung dengan angin.. Mak aku pun selalu cakap benda ni.. So memang betulla ni..huhu Oleh itu, ambil buah satu hingga dua jam selepas atau satu jam sebelum makan.. Lamanya la.. Kalau lepak restoran masa rehat ni mana sempat nak masuk keje ni.. Rehat waktu kerja pun sejam jer..huhu
3. Minum Teh – Daun teh mengangdungi kandungan asid tinggi yang boleh menyebabkan protien dalam makanan yang korang ambil sukar untuk dihadamkan.. Betul ke kajian ni?? Setahu aku la, air teh ni sedap jer.. Elok pulak tu untuk mereka yang mengalami cirit-birit.. Maknanya makan tu elok jela dihadamkan.. no komen la bahagian ni..huhu
4. Longgarkan Tali Pinggang – Kes sebegini kerap dilakukan kerana korang rasa terlalu kenyang, bukan?? Melonggarkan tali pinggang selepas makan secara tiba² akan memudahkan usus korang terbelit ataupun tersekat.. Bagi abang² di luar sana yang mengalami perut buncit tu jangan amalkan benda ni yer.. Risau pulak korang akan melakukan pembedahan..huhu
5. Mandi – Mandi boleh menyebabkan aliran darah mengalir banyak ke tangan dan badan lantas jumlah darah berkurangan di bahagian perut.. Ini akan menyebabkan sistem penghadaman dalam perut menjadi lemah.. Perkara ni juga selalu dipesan-pesankan oleh rakan² aku dan kata mereka ni mandi selepas makan akan boleh menyebabkan kebuncitan perut berlaku..haha So sama² la kita tidak mengamalkannya yer..
6. Berjalan – Adalah tidak benar bahawa kenyataan berjalan 100 langkah selepas makan membolehkan korang hidup sehingga 99 tahun.. Sebenarnya berjalan menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap nutrisi² dalam makanan yang diambil.. Oleh itu, bagi mereka yang ingin kembali ke tempat kerja selepas makan tengah hari tu sila la membawa kenderaan yer.. Dan pastikan korang tak berjalan lebih 100 langkah selepas makan..wakaka
7. Tidur – Macam yang korang tau la, lepas makan mesti mata rasa macam nak tidur je kan.. So kalau korang tidur selepas makan, makanan yang korang ambil tu tidak akan dapat dihadamkan dengan sempurna.. Ini akan menyebabkan korang mudah diserang penyakit gastrik dan jangkitan dalam usus dan yang paling ketara korang akan mengalami kebuncitan perut dengan cepat..haha
Macam mana dengan info yang aku sampaikan kali ni.. Menarik kan.. Aku harap dengan info yang tak seberapa ni korang dapat la sedikit ilmu mengenai cara pemakan korang tu.. Dan bagi yang ingin berdiet sakan tu aku harap korang dapat la mengamalkan sedikit perkara ni.. Pesanan ni bukan sahaja aku tujukan untuk korang, tetapi untuk diriku aku sendiri terutamanya.. Sekian…
p/s : segala info di petik dari salah satu majalah di Malaysia ni dan segala penambahan dilakukan oleh aku sendiri..hahaha
Tags: diet seimbang, jaga kesihatan, jaga pemakanan, jaga pemakanan dengan betul, makan, pemakanan seimbang, perkara tentang makan, tips diet seimbang, tips pemakanan



4 Responses so far to "7 Langkah Jangan Lakukan Selepas Makan"
July 30th, 2010 at 8:46 pm
No.6 tue sebenarnya sesuai utk mereka yang sedang berdiet. Dulu pernah amalkan, time budak sekolah. Yang nie pandangan dari sudut diet ke apa?
July 30th, 2010 at 8:57 pm
@Mama Murai – untuk yang no 6 tu mmg untuk orang yg sedang berdiet.. but overall adalah untuk gaya pemakanan yg seimbang..
kalau penah try tu bagus la..saya ni baru tyy 2 3 perkara kat atas jer..huhu
August 2nd, 2010 at 4:30 pm
Owhh tak leh merokok ek lepas makan,hehehe baru aku tahu
August 2nd, 2010 at 5:10 pm
@wazy – ala..itu die je yg ckp..aku buat slame ni xde hal pn..huhu (ckp besar je aku ni ye tak)..