30
Jul

Akan ku kenang tarikh 30/7/2010 ini kerana pada tarikh inilah aku diberhentikan berhenti kerja secara rasminya. Korang mesti nak tau aku kerja kat mana kan. Aku bukan la kerja yang bagus sangat pun. Aku cuma bekerja sebagai pembuat PIZZA di Pizza Hut Tg. Malim, Perak. Kalau ada yang diantara korang pernah makan kat sana dalam tempoh 4-5 bulan ni, memang aku la yang buat pizza korang.

Aku mulakan cerita dan aku harap korang judged la aku samada aku ni kejam atau tidak. Aku bekerja sebagai pembuat pizza bermula seawal jam 8 pagi dan jangan korang pelik kerana Pizza Hut hanya akan mula beroperasi pada jam 11 pagi di Tg. Malim. Korang rasa apa la yang aku buat selama 3 jam di dapur Pizza Hut tu yer…

Tugas aku sebagai pembuat pizza bermula apabila aku diarahkan untuk membuat DOUGH ataupun dengan erti kata lain membuat roti pizza la. Setiap hari aku akan membuat paling sikit DOUGH ni sebanyak 20Kg untuk waktu pagi hingga petang sahaja. Pada waktu petang aku akan buat lagi dalam 5Kg je untuk support kegunaan pada waktu malam.

Setelah selesai membuat DOUGH aku akan menyiapkan meja untuk aku membuat pizza dan meja itu dipanggil sebagai MAKETABLE. Di meja inilah aksi membuat pizza aku akan diperlihatkan dan sememangnya maketable ini tersembunyi dari orang ramai supaya tugas aku tidak diganggu. Di meja ini juga la terdapat segala macam inti atau lebih dikenali sebagai TOPPING untuk diletakkan diatas pizza sebelum pizza ini dibakar di dalam oven.

Setelah menyiap sediakan maketable ini aku akan memeriksa segala stok untuk aku membuat pizza dan sememangnya semua benda alah tu terdiri dari topping dan segala macam sayur yang memang dah sebati dalam otak aku ni. Semua topping ni terdapat dalam chiller ataupun peti ais. Kalau kurang ataupun langsung tak de, aku juga la yang akan pergi mengambilnya di dalam FREEZER untuk dinyahbekukan di dalam CHILLER.

Kedai pun dibuka tepat jam 11 pagi jika budak servis tengok waktu jam di pizza ni la. Kalau tak aku juga la yang akan mengingatkan diorang ni. Berapa banyak la kerja aku kat Pizza Hut ni kan. Lepas kedai buka jer kompom bukan 1 atau 2 tapi dekat berpuluh yang masuk kerana dah sangap nak makan pizza. Aku pun tak faham dengan masyarakat Tg. Malim ni. Pagi² dah nak melantak pizza, kalau ye pun dah lapar sangat tunggu la tengah hari atau petang² sikit.

Golongan yang biasa makan kat Pizza Hut Tg. Malim ni ialah orang² kaya la tu memang kompom sebab pizza ni memang mahal. Tak kurang hebat juga para pelajar UPSI yang terdiri dari gadis² comel yang mantap lagi seksi bergaya. Aku tak bohong wei, kalau korang tengok pun mesti korang nak ngorat punya la. Aku sendiri selalu ngumpat belakang² kat dapur tu ha dengan budak AUXILIARY TABLE yang tugasnya membuat spegeti.

Tekanan aku bekerja bermula apabila order atau lebih saintifik lagi di panggil DOCKET yang keluar dari mesin order tu mencurah² ke ladang gandum table aku. Memang rasa macam nak tutup je mesin tu. Korang kena faham la kenapa aku cakap macam tu, pizza yang diorang order perlu mesti siap dalam masa 15min no plus minus. Ko gila apa nak siap 10 pizza dalam masa tu. Pizza yang masuk dalam oven jer dah mengambil masa 10min, so berapa banyak masa je untuk aku buat pizza.

Tapi ini bukan sebab utama kenapa aku berhenti kerja hari ini. Sebab utama aku berhenti mengejut ialah management yang teruk daripada Restaurant Manager baru kat Pizza Hut tu. Topping habis bukan nak pergi order, kalau order pun mesti lambat je sampainya. Tak kesian ke kat orang yang makan pizza tu kekurangan topping. Harga yang dibayar tetap sama. Jangan kerana untung orang lain kelaparan. Bukan tujuan utama kedai makan dibuka untuk bagi orang kenyang?? Kalau ko baca ko balas la soalan aku ni. Memang dah lama aku pendam semua ni.

Sebab² lain aku berhenti, tiada lagi keseronokan bekerja di Pizza Hut Tg. Malim kerana semua nak ikut kepala sendiri. Teamwork memang dah tak ada aku tengok. Nak harap aku je potong bawang letih la. Banyak lagi kerja aku boleh buat pagi² tu. Mau taknya, aku dah potong bawang penuh satu bakul hari ni, besok datang kerja dah habis. Memang sial la kan macam tu.

Antara sebab lain aku berhenti secara tiba² ni, aku nak berehat puas² kat rumah dan mengadap blog ni. Lepas ni aku dah nak pergi belayar so inilah masa yang ada untuk berblogging. Selain tu, aku ada dapat tawaran menjadi cikgu ganti di SMK Gedangsa dan aku tak ambil pun lagi borang tu. Mungkin dapat dan mungkin tidak. Tengok la rezeki aku macam mana nanti.

Sangat panjang entri aku ini. Sudah sekian lama tak menulis entri ini la jadinya. 6 bulan de aku tak tulis entri, mau tak jadi batak aku nak menulis.lol. Aku harap dengan entri aku ni korang sedar la betapa susahnya bekerja di Pizza Hut. Kalau korang pergi makan kat Pizza Hut jangan la korang marah kalau pizza yang di order tu lambat. Mungkin budak buat pizza tu newbie ataupun ramai sangat yang dah order. Banyakkan bersabar dan tunggu la giliran anda.

Jadi korang fikir kejam tak aku meninggalkan Pizza Hut secara tiba² dengan notis 24jam aku?? Sedangkan esok hari sabtu dan sememangnya aku tau lebih sibuk dan lebih ramai yang sangap nak makan pizza. Korang judged la aku seadanya. Aku dah pun berhenti dari Pizza Hut Tg. Malim dan sesiapa yang teringin nak merasa air tangan aku memang dah tak dapat la dah. Sekian, terima kasih.

p/s : korang nak tanya apa² pasal pizza sila la kemukakan soalan kat bawah. Nak resipi pizza bayar kat aku RM2000, akan aku bongkarkan rahsia Pizza Hut.huhu

Tags: , , , , , , , , , , ,

This entry was posted on Friday, July 30th, 2010 at 8:52 pm and is filed under Kerjaya, cerita kita. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.

Perlu Tengok

28 Responses so far to "PIZZA HUT : Kejamkah Aku?!"

  1. 1 Mama Murai
    July 30th, 2010 at 9:31 pm  

    Ini diari hidup seorang pembuat pizza-lah nie kan?. Baguslah, sekurang-kurangnya cuz tahu macam mana nak berdikari. Tapi bolehkah jual maklumat bekas majikan?. Hehe sabar jerlah dik oit..

  2. 2 Cuz
    July 30th, 2010 at 9:38 pm  

    @Mama Murai – lebih kurang la citernye..nak kata sakit hati tak la sangat, tapi itu lah..ssh nak di gambarkan..huhu
    ape plak tak boleh..diorg bukan tau..huhu

  3. 3 beliamuda
    July 31st, 2010 at 12:19 am  

    kalau dah sampai macam tu sekali, memang tak patut la. kena pulak dapat offer guru ganti, mungkin itu peluang yang lebih baik.

  4. 4 izatie
    July 31st, 2010 at 3:27 am  

    ouh cm2 cite die…xsume yg bru 2 bgus kn..sumtimes, yg lme is much2 more better..wat? kau dpt ofer guru gnti?? bia betik….hahah XD nway, gudlak la der~

  5. 5 Cuz
    July 31st, 2010 at 8:43 am  

    @izatie – itu la pasal..kkdang aku bersyukur aku kje dlu..huhu walaupun mnager dlu garang tapi still ok..
    mcm xcye kan..aku hope dapat la jadi cikgu ni dan aku akan jadi yang terbaik..huhu

  6. 6 ain
    July 31st, 2010 at 11:58 am  

    sokong der.. poor management bkn rm je, om pun same.. dah la x bg shift manager, then nak sound2 org.. sakit hati ak dgr.. bygkan la, ade ke org kje 17 jam sehari?? pastu off day pun kne kje? sakit2..

  7. 7 Cuz
    July 31st, 2010 at 12:04 pm  

    @ain – ha tu mmg ramai yg sokong..skang OM pn dh tnya knp ramai sgt yg berenti..so RM xleh nak jawab..wakaka
    Mmg xberhati perut la klu kje 17jam sehari..mmg xde life mcm tu..
    xpe² smuanya telah berlalu..huhu

  8. 8 DaHLia
    July 31st, 2010 at 12:17 pm  

    fuhhh dasatnya…
    memang Cuz pandai menguli ke?
    susah ek nak keje situ..lagi2 bhgn pembuat piza…ingatkan dough tu semua dah siap sedia ada

  9. 9 cikbelog
    July 31st, 2010 at 12:17 pm  

    tak kejam..tak kejam..hehe

  10. 10 Cuz
    July 31st, 2010 at 12:27 pm  

    @DaHLia – kalau dah siap mmg senang la kje kat piza tu..huhu
    cuz mmg dh pro dh buat dough tu..haha

  11. 11 nuriz
    July 31st, 2010 at 1:33 pm  

    baru nak tanya resipi pizza cemana. kene byr 2000 hahaha tak jd le

  12. 12 etomyam
    July 31st, 2010 at 5:15 pm  

    susah bila kerja tak ada teamwork ni…err lamanya tak makan pizza hut :D

  13. 13 menteil
    July 31st, 2010 at 5:26 pm  

    hahaha… aduhai!!!
    ko nie dekat je ngan aku beb! adeh!

    ok.. balik ke cerita ko.. sejak pizza hut tu bukak kat tg malim, haram sekali pun aku tak penah nak pegi.. haha..

    awek upsi lawa2 dan sombong2.. haha..

    mintak2 ko dapat kat sekolah lama aku tu beb! haha…

    dan yang penting, aku orang gedangsa wei! haha…

    ko dah jadi cikgu nanti datang2 la makan t/ari kat rumah aku ye..

  14. 14 menteil
    July 31st, 2010 at 5:29 pm  

    nah! ko nie sarapi ker? adeh!

    dah2.. aku tarik balik kata2 aku kat atas.. hahahampeh!

    aku ingatkan ko sape la.. hometown letak kkb.. hampeh..

  15. 15 Cuz
    August 2nd, 2010 at 9:31 am  

    @nuriz – ala..2000 bukan bnyak pn nak dibandingkan dgn resipi dia..huhu

  16. 16 Cuz
    August 2nd, 2010 at 9:32 am  

    @etomyam – ha..tau xpe..klu de masa g la mkan..ada piza baru tu..huhu sedap gak rasanya..

  17. 17 Cuz
    August 2nd, 2010 at 9:32 am  

    @menteil – baru ko nak kenal aku sapa..hahaha cibai ko kan..dah tau orang kampung terus xnak blanja makan ke ape ke..adui…ko lagi la hampehh!!!1

  18. 18 wazy
    August 2nd, 2010 at 4:33 pm  

    banyak gak dugaan apabila bekerja sebagai pembuat pizza ni ek bro,so sekarang ni kerja mana lak,hehehe

  19. 19 Cuz
    August 2nd, 2010 at 5:09 pm  

    @wazy – skang aku xnk kje..aku nk online je..wakaka
    lepas raya nnt i/allah aku akan mle bekerja tetap as 4th engineer merchant ship..

  20. 20 cikgunormah@klcitizen
    August 2nd, 2010 at 11:22 pm  

    bukak kedai pizza sendiri la…
    ada seorang di kl ni, buat pizza sendiri , jual di pasar malam, nama brand Pizza Malaysia… sedap gak..

    salam kenal

  21. 21 Nina'
    August 3rd, 2010 at 9:18 am  

    ciann cuz…

    ingatkan pizza tu cume yg da siap..pastu panaskan je… huhuhu

    patutla.. lain tmpt pizza, rasanya agak lain…. huhuhu

  22. 22 Cuz
    August 3rd, 2010 at 9:47 am  

    @Nina’ – itu la pasal..kalau setakat nak panaskan balik je mmg la senang..mmg lain rasa pizza ni kat setiap tmpat sebab dia ikut orang yg memasaknya..huhu

  23. 23 touya
    August 4th, 2010 at 1:44 pm  

    Weh nak resepi weh … bagi jerlaaa free

  24. 24 Cuz
    August 4th, 2010 at 2:05 pm  

    @touya – weyh..asal ko komen je masuk kat spam aku..dari dulu aku rasa mcm tu..huhu ko de pakai apa² ke ni??hahah
    nak resepi??nnt la aku bagi..wakaka aku buat tutorial lagi mcm mne nak buat pizza..haha

  25. 25 mummynana
    August 5th, 2010 at 10:38 am  

    loh loh. mmg keje mana2 pun susah. tak pasal keje. pasal org. takpun mgt. takpun HR. ataupun tpt keje itu sendiri. kdg2 pelik. nape tanak retain staff yg ade (dah lama dan pglaman byk) tak amik hati staff. aduiyai. susah-susah keje ngan diri sendiri le camni kan. kt plak penat nak jg tepi keje dorg. ape pun, dun wory be epi ok. keje perlu seronok. tak seronok tu bukan keje. tp beban plak. adess.

  26. 26 Cuz
    August 5th, 2010 at 12:18 pm  

    @mummynana – betul²..sy setuju sgt tu..tp skang mmg sy hepi dgn dunia blogging sy..hehe

  27. 27 zackpantai
    August 6th, 2010 at 2:12 am  

    bagus la cara ko berhenti, aku respek. lagi2 part bawang.hehe

  28. 28 Cuz
    August 6th, 2010 at 7:42 am  

    @zackpantai – thanks bro..hehe

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline Blogged.my online counter Blogosphere, Blogging Sites, Blog Traffic, Social News Aggregator, Website Traffic