29
Jul

Salam sejahtera semua.. Walaupun aku sibuk nak study mingu ni tapi aku nak jugak update blog  ni.. Maklum la, hati aku memang dah jatuh hati dalam dunia blogging ni..huhu Kalau entri yang lepas aku bercerita tentang 11 Perkara Perempuan Perlu Tahu Tentang Lelaki kan.. Hari ni aku nak bercerita pulak tentang 10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita..

Menurut entri yang lepas, ramai yang tak berpuas hati dengan aku kan sebab perkara² yang aku ungkitkan ada juga yang perempuan ni tidak suka.. Jadi hari ni aku nak membackup balik la kaum wanita ni dengan mengeluarkan entri tentang 10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita..

Macam yang aku tahu dan dari sumber pengalaman aku ni, perempuan ni terlalu rumit untuk difahami.. Betul tak kaum lelaki?? Mungkin betul dan mungkin juga salah.. Mungkin akan ada yang menyatakan bukan semua perempuan begitu.. Tetapi Berapa ramaikah perempuan yang tak rumit untuk difahami??

Kat bawah ni aku sediakan 10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita supaya lepas ni ramai la lelaki yang mudah untuk memahami wanita ni..

10 Perkara Lelaki Perlu Tahu Tentang Wanita

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Untuk yang ni, betul ke perempuan ni betul² ikhlas??

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Perihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya!.

Dengan INFO yang aku rasa agak bagus la walaupun masih ada kekurangan di dalamnya para lelaki di luar sana dapat la mengetahui serba sedikit mengenai wanita ni dan aku bercakap untuk berpesan pada diriku sendiri supaya lebih menyayangi kaum wanita di masa² akan datang kerana aku juga pernah dikecewakan..

Sebelum aku mengakhiri entri pada kali ini aku tetap ada menyediakan madah untuk kita renung-renungkanlah bersama..

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH s.w.t. dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Sekian dulu daripada aku untuk entri kali ini.. Semoga kita mendapat sesuatu yang berguna di masa² akan datang..

p/s : Aku masih mempunyai 3 paper final.. 4 paper telah ku harungi dengan sangat sukar dan mencabar.. Doakan kejayaan aku kawan²..

-diadaptasi daripada cuzshar-dot-kom

Tags: , , ,

This entry was posted on Thursday, July 29th, 2010 at 8:22 pm and is filed under cerita lelaki. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.

Entri yang berkaitan

  1. Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline Blogged.my online counter Blogosphere, Blogging Sites, Blog Traffic, Social News Aggregator, Website Traffic