29
Jul

Lelaki dan wanita tak dapat dipisahkan sebab masing2 saling memerlukan diantara satu dengan yang lain.. Betul tak?? Oleh itu (poyo jer) lelaki dan wanita tidak akan dapat lari daripada hidup bersama.. Jadi terdapat beberapa perkara yang aku rase lelaki atau wanita ni kene tahu mengenai pasangannye… Bukan tentang habitat tempat tinggalnya mahupun perasaannye.. Bukan juga mengenai perangainye.. Tetapi sikap aneh ataupun sikap luar daripada biasa yang pasangannya ini ade.. Contohnye macam perangai buruk die la..

Mungkin dengan cara ni sesuatu hubungan itu baru dapat kekal lama sikit..hehe Sebab ape?? Sebab besenye kapel yang tgh dok asyik sangat bercinta ni asyik nampak bende yang baik je.. Korang rase penah ke orang yang tengah kapel ni nampak keburukan pasangan masing2?? Tak nampak..hehe Kat sini aku bukan nak cerita semua tu tapi aku nak bagitau kepada kaum hawa sekaian mengenai sikap aneh lelaki bila bersama wanita.. Walaupun penulisan aku kali ni mungkin tak berapa tepat tapi aku nak kaum hawa ni tahu mengenai perangai lelaki ni.. Aku dah senaraikannye.. Nak tau??

1. Kaum adam akan melakukan sesuatu diluar jangkaan kaum hawa seperti mengajaknya pergi kerumah mak belah lelaki.. Sebabnya saje2 nak bawa..haha Pernah korang buat atau dibuat macam tu?? Try it.. It will be fun..hehe

2. Tengah keluar dating ni kaum adam akan tetibe menghilang.. Jangan panik.. Mungkin dia pergi ke toilet ataupun pergi ke kedai bunga untuk memberi bunga kepada kaum hawa.. Konon2nye buat kejutan la tu…hehe

3. Mata kaum adam ni memang tak reti nak tengok awek die sorang je.. Jangan jeles sebab memang dah perangai kaum adam ni suke melihat wanita yang cantik2 sedangkan awek die lagi cantik..hehe

4. Ketika berdating kaum adam memang tak suke memfokuskan ape yang awek die nak cakap sebab memang itulah habit yang die suke buat… Tapi kalau die mendengarnye secara serius memang die betul2 ingin mengetahui ape yang awek die cakapkan..

5. Kalau awek kaum adam ni keluar dengan kawan lelaki lain untuk melakukan tugasan jangan ingat kaum adam ni tak jeles.. Tapi kalau die keluar dengan kaum hawa lain tak pe sebab die memang nak balas dendam..hehe

6. Kaum adam suke menyakat aweknye sendiri sedangkan die tau aweknya tak suka.. Lagi tak suka lagi disakatnye… Jadi kaum2 hawa suka2kan la disakat ye..haha

7. Kalau kaum hawa berjanji untuk berjumpa pada pukul 10 a.m (contoh jer) jangan terkejut la kaum adam dah tak de kat situ pukul 10.15 a.m sebab masa amat penting bagi mereka.. Kalau die lambat tak pe..haha

Itu jela perkara2 yang kitorang (kaum adam) suka buat kat kaum hawa.. Walaupun nampak merepek tapi itulah hakikatnye.. Mungkin kenyataan kurang tepat (memang tak betul pun) aku harap sikit sebanyak dapat menghiburkan korang la yer..hehe Setakat ni dulu yer.. Jumpe lagi di entri akan datang..

mintak maaf banyak2 kalau de yang tak puas hati dengan statement aku ni..hehe Sekadar hiburan semata-mata..

p/s : pada kaum adam yang nak tokok tambah sila tinggalkan kat bawah yer…

p/s : pada kaum hawa yang membals kembali sila tinggalkan kat bawah gak..

>>entri berasal dari blog aku gak. tiada perubahan yang dilakukan pada entri ini

Tags: , ,

This entry was posted on Thursday, July 29th, 2010 at 10:07 pm and is filed under cerita lelaki. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Both comments and pings are currently closed.

Entri yang berkaitan

  1. Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline Blogged.my online counter Blogosphere, Blogging Sites, Blog Traffic, Social News Aggregator, Website Traffic