Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog aku ini.. Sudah terlalu banyak rasanya entri pasal cinta dalam blog ni.. Apa kata korang?? Kalau tak suka korang cakap je aku dengan menggunakan form yang aku sediakan di bahagian HUBUNGI.. Entri kali ini aku tulis untuk di tujukan kepada mereka yang masih belajar di instituisi pengajian tinggi, tidak kira lah awam ataupun swasta kerana di sini aku ingin berkongsi cara² untuk mengelakkan korang daripada boros berbelanja menggunakan duit pinjaman korang tu..
Korang yang masih belajar mesti seronok kan pada pembukaan semester baru ini sebab duit pinjaman atau biasiswa korang sudah masuk kedalam akaun korang.. Banyak atau sikit itu bergantung pada instituisi mana yang korang berada sekarang dan kursus apa yang korang ambil.. Oleh yang demikian belum terlambat rasanya kalau aku nak berkongsi sedikit tips mengenai pengawalan perbelanjaan korang sepanjang satu semester ini..
Untuk pengetahuan korang aku bukanlah bekas pelajar akauntasi atau pun dari department perdagangan, tetapi aku tahu bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan supaya diakhir semester nanti korang tak de la mintak duit kat parents korang lagi.. Aku bukannya apa, parents korang bukan nak tanggung korang sahaja malahan adik² korang yang masih bergantung pada pendapatan parents korang juga memerlukan duit itu dan jika korang tahu menguruskan kewangan sudah pasti korang dapat meringankan bebanan ibu dan ayah korang..
Sebelum aku memberikan tips ini kalau korang rasa tak suka dengan tips aku korang boleh la blah daripada blog aku kerana aku tidak memaksa korang untuk membaca tips yang aku nak bagi ni.. Dan aku nak ingatkan pada yang sentiasa tak cukup duit di akhir sem tu eloklah korang ikut beberapa tips aku ni..
1. Korang mesti menetapkan menteliti korang yang duit pinjaman tu macam duit gaji korang yang telah terkumpul selama 6 bulan sebab aku anggap satu semester 6 bulan.. Bila korang nak keluarkan duit tu, korang mestilah menetapkan berapa banyak yang korang nak belanja pada bulan tu.. Selepas korang keluarkan duit untuk sepanjang bulan tu korang jangan la usik lagi duit dalam akaun tu..
2. Untuk mengelakkan pembaziran berlaku, korang tetapkan barang apa yang sangat penting untuk korang beli pada bulan itu dan belinya jika perlu.. Untuk membeli makanan tu akau harap korang sedar lah yang korang tu hanya pelajar dan belum bekerja dan belilah makanan macam pelajar.. Bila korang makan yang mahal² itu akan menjadikan bajet korang lari dan pembaziran akan berlaku kat situ..
3. Sebagai pelajar aku tau nafsu korang untuk enjoy mesti tinggi kan so aku nasihatkan kat sini untuk korang bajet betul² mengenai perbelanjaan korang untuk entertainment.. Kat sini aku nasihatkan entertainment yang murah² sudah memadai dan ingat korang tu masih pelajar dan masih belum bekerja.. Kalau korang rasa nak enjoy puas² tunggu la dah keje nanti..
4. Korang juga aku nasihatkan mengasingkan duit pinjaman korang tu pada satu bahagian kecemasan iaitu duit kecemasan.. Duit ini bertujuan untuk digunakan pada waktu² kecemasan contohnya korang sakit or excident ke yang terpaksa memerlukan rawatan di hospital.. Aku bukan nak korang sakit atau apa cuma perkara² macam ni jarang orang agak akan berlaku dan bila berlaku baru la nak teringat pasal duit yang dah tiada..
5. Tips yang terakhir, aku harap korang tahu kemana korang belanjakan duit korang tu sebab suatu hari nanti korang akan terfikir kemana duit korang tu dibelanjakan dan jika korang tahu duit tu pergi mana korang tak kan rasa rugi nanti.. Jadilah sedikit kedekut kerana kedekut itu membuatkan korang menjadi penyimpan tetapi jangan la kedekut sangat yer..hehe
Aku harap dengan tips yang aku bagi kat korang ni dapat membantu korang untuk menguruskan masalah kewangan korang yang selalu korang fikir macam mana nak dapat duit lebih.. Ingat, korang tu masih pelajar dan bukan pekerja.. Tugas korang adalah belajar dan jadilah pelajar yang cemerlang dan terbaik.. Pelajaran tu penting untuk korang mendapatkan ilmu, dan dari ilmu korang mendapat pengalaman, dan dari pengalaman korang mendapat kemahiran, dan dari kemahiran korang akan mendapat duit yang banyak..
Kehidupan kita ini semua bermula dari ilmu dan ilmu itu adalah asas untuk kita lebih maju di masa² akan datang.. Tips yang aku bagi kat atas ni bukan sahaja untuk mereka yang masih belajar tetapi orang yang telah bekerja juga boleh untuk mempraktikkan tips ini jika korang mempunyai masalah kewangan la.. Kalau tak de pun saja² nak test pun tidak menjadi masalah kat aku..hehe
Secara jujurnya segala tips yang aku bagi kat atas telah aku lakukan dan duit aku pada penghujung semester masih mempunyai baki yang agak banyak dan dapat la menampung hidup aku sebelum memulakan kerja tidak lama lagi.. Sekian saja daripada aku untuk korang semua.. Semoga jumpa lagi di entri yang akan datang..
p/s : tunggu entri aku yang akan datang mengenai 3 perkara dalam diri manusia untuk korang pelihara supaya diri menjadi lebih baik daripada yang biasanya.. Semoga korang semua gembira membaca entri aku ye..hehe
WELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik 




Jan 16, 2010 at 16:03:58
yeah,info ni memang berkesan terutama bagi mereka yang masih belajar
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 16th, 2010 at 4:19 pm
@wazy, mmg btl tu bro..bdak2 zaman skang ni kalau dapat duit pinjaman terus g beli fon baru..diorang bukan nak beringat yang diorang nak pakai duit tu nnt masa akhir sem..huhu
Quote
[Reply]
zulaikha Reply:
January 16th, 2010 at 4:48 pm
@Mr. Cuz,
hadoiiii.. terkena..hehheh… tp ade la jugak simpan sikit2….
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 16th, 2010 at 4:52 pm
@zulaikha, tau dah..anak muda..bese la tu..keh3..zulaikha sem bape skang??hehe cinta blogger tak salahkan..wakaka jap lagi ade plak yang saound aku..hahaha
Quote
[Reply]
Jan 16, 2010 at 16:28:23
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 16th, 2010 at 4:40 pm
@zulaikha, xpe2..baru la yang kene blajar btul2 tu..hehe
cuz ni melepek kat cc jela nak harap update blog..huhu..sedih woo..hehe
Quote
[Reply]
zulaikha Reply:
January 16th, 2010 at 4:46 pm
@Mr. Cuz, kalau cuti sem 2bulan tu mmg sy x update..huhu..sedih la jugak. tapi terpaksa. kalo g cc slalu nnt bankrup.sbbnye?? sy xleh duk skejap je dpn pc…hahahha… mesti nk lame pny…
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 16th, 2010 at 4:54 pm
@zulaikha, skali skale lama tak per zulaikha..jgn kecewakan pengunjung blog dah la..cuz ni pun dah xramai pengunjung..haha
apa2 pn cuz harap zulaikha hepi di alam maya ni dan jgn mudah terpengaruh dengan anasir2 jahat kat alam maya ni..huhu
Quote
[Reply]
zulaikha Reply:
January 16th, 2010 at 5:02 pm
@Mr. Cuz,
sy pun tengah pikir camne spy x kuciwakn follower..**ecehhh..cam banyak je follower**sy stary aktif pun baru sem ni.. slame ni menyepi je…
ada pun cam xde..hehe…
sy sem 4… lg 2 taun..huhu…..cinta sesame blogger mmg x salah.. dah ati nk suke.. nk wat cmne.. hehehe… **confident. konon cam pakar cinta..hahah**
Quote
Jan 16, 2010 at 16:32:25
cinta kena trskn bro..sbb tu topik yg mnghgatkan ssbuah blog.hahaha..
mmg btol ap ko ckp, skng ni duit pinjamn lebih kpd kehendak bkn nye keperluan bg kite.dpt pinjaman beli semua tgn tnjuk..haha
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 16th, 2010 at 4:43 pm
@azizan4444, adus..topik cinta mmg bnyak pembaca tp ia membuatkan diriku bosan sebab xde yang tercinta..wakaka
ko pn sama zizan jagan nak cakap orang len la..wakaka ko tu lagi boroskan dari aku..wakaka
Quote
[Reply]
azizan4444 Reply:
January 16th, 2010 at 6:14 pm
@Mr. Cuz, cess..aku x boros la..haha..aku jimat..hahaha..simpan tuk bini..kah3….bile ko nak tercinta nye?haha
Quote
[Reply]
petom Reply:
January 18th, 2010 at 7:42 am
@azizan4444, bini not equal to wife kan???weyh,kawen nanti jgn lupe jempot aku…..
Quote
[Reply]
azizan4444 Reply:
January 18th, 2010 at 1:50 pm
@petom, yup but bini is equal to isteri…rite?opkos la jemput tp xde calon lg..lol
Quote
Jan 16, 2010 at 18:55:38
all done tp sumtimes terover budget gak bile tergoda ngan buku yg terhangat di pasaran…buku pon salah satu cabang ilmu…camno tuh???
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 19th, 2010 at 1:00 pm
@petom, ikut suka jer sebenarnya..wakaka
Quote
[Reply]
Jan 16, 2010 at 22:53:05
Hahaha bagi tips kat budak-budak junior nie.
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 19th, 2010 at 1:05 pm
@touya, ada la sikit..wakaka
Quote
[Reply]
Jan 17, 2010 at 10:49:14
kalau aku, awal2 aku dah budget perbelanjaan, dah selebihnya terus aku masukkan dlm akaun lain, kalau masih dlm akaun yg sama, alamatnya mmg habisla…hehe
bukan setakat pelajar je, org yg dh bekerja pun kene gak, sbb manusia ni boros sebenarnya, susah nak kawal nafsu perbelanjaan..
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 19th, 2010 at 1:08 pm
@dilot, ko ni boros gakkan dilot..baru aku tahu..haha besenye mmg pompuan ni boroslagi dari lelaki..bnyaksgt bende nak dibelinya..keh3..
Quote
[Reply]
Jan 17, 2010 at 17:25:28
wah mr cuz..leh jd penasihat kewangan ni..hehe
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 19th, 2010 at 1:15 pm
@zihnun fatin, boleh jadi ker??macam tak layak jer..hehe
Quote
[Reply]
Jan 18, 2010 at 02:00:06
huhuh sgt benar.. nafsu seorg student spt saya sgt xterbendung hehehe.. yg no 5 plg betul. hehe jarang sgt amik tau kemane tah duit2 tu hbs :( hehe kena berusaha lgi ni! simpan duit! mau beli banglo 8.5 tingkat!
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 19th, 2010 at 1:20 pm
@arieza, tinggi cita2 tu..nnt dah beli banglo tu buat la entri yer..ngeh2..
Quote
[Reply]
Jan 27, 2010 at 16:12:58
wat pinjaman..interest bapak tinggi..
takut wo…
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
January 28th, 2010 at 3:49 pm
@ery, bese la tu bro..kah3…
Quote
[Reply]