Personal blogs
bannerWELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik SINI Cantik tak gambar kapel yang tak dikenali sebelah ni??
Nov
29th

Kemalangan Jalan Raya Semakin Meningkat??

Dikarang oleh Mr. Cuz | dalam Dunia Info

Salam semua.. Sepanjang Hari Raya Aidil Adha ni korang dengar banyak tak jumlah kemalangan jalan raya?? Sepanjang aku cuti beraya ni memang aku jadi rajin sikit nak tengok berita sebab tak de ape pun aku nak buat kat rumah selain tengok TV jer..huhu Hari² aku dengar ada kemalangan jalan raya.. Bukan setakat dalam berita, tapi aku sendiri nampak kemalangan tu berlaku pun ada..

Paling baru semalam, sebuah van telah terbakar di persimpangan keluar plaza tol Behrang.. 2 kereta berlanggar untuk mengelak van yang tiba² terbakar tu.. Aku tengok agak mengerikan.. Nasib baik tak de yang maut.. Dalam keadaan hujan ni macam² kemalangan boleh berlaku tak kira la yang melibatkan kenderan besar atau pun kecik.. Semua berisiko..

Kat bawah ni aku nak share sikit dengan korang semua tentang statistik kemalangan jalan raya yang aku amik kat Jabatan Keselamatan Jalan Raya atau lebih dikenali sebagai JKJR.. Menurut statistik perbandingan yang aku amik ni, kemalangan jalan raya setiap tahun rata-ratanya meningkat setiap tahun.. korang boleh tengok sendiri kat bawah ni..

klik gambar ni untuk lebih jelas

Itu untuk kemalangan jalan raya sahaja.. Statistik kematian juga meningkat setiap tahun.. Perbandingan antara negeri ni diambil bagi Jan-Julai 2009.. kira dah lama gak la ni.. Yang baru punye belum keluar lagi sebab raya tak habis lagi dan diorang semua belum habis nak mengira jumlah kematian yang ada.. Korang baca la sendiri kat bawah ni yer..

klik gambar ni untuk lebih jelas

Begitulah statistik kemalangan yang selama ni tak ramai yang nak amik tau pun.. Ade yang amik tau pun buat² tak tau jer.. Bila dah kene pada diri sendiri baru nak nyesal.. Statistik ni dikeluarkan supaya kita semua beringat untuk lebih berhati-hati ketika memandu.. Korang nak pandu laju itu tak de masalah.. Tapi korang kene pastikan yang korang kene betul² cekap dan yakin boleh memandu selaju tu..

Aku cakap ni bukan apa.. Aku dah alami beberapa kemalangan yang melibatkan aku so aku tau kenapa aku boleh eksiden.. Berdasarkan pengalaman yang lepas² aku tau kecekapan pemanduan tu adalah penting.. Kalau korang tak cekap tapi gatal nak bawak laju tu la yang banyak berlaku kemalangan maut.. Kalau korang yang maut tak pe.. Ni orang yang tengah jalan kaki pun maut sekali.. Kesian la pada mereka yang tak bersalah..

Aku bagi info ni pun adalah untuk mengingatkan diri aku ni juga.. Aku tau aku selalu memandu laju.. Sebab tu aku cuba untuk berhati-hati semasa memandu.. Kekadang kita dah berhati-hati tapi orang lain pulak yang buat masalah.. Itu yang kita kene selalu beringat antara satu sama lain, semoga kelangan jalan raya dapat dikurangkan (walaupun aku tau memang tak boleh punye)

Sekian saja dari aku untuk kali ni.. Aku harap kita semua dapat merenungkan perkara ni dan berfikir untuk tindakan yang betul bagi membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.. Aku balik tadi pun masih ada satu kemalangan ngeri dan aku tak dapt nak tangkap gambar sebab aku pun nak cepat balik Ipoh..huhu Sekian…

“BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT”

p/s : aku telah berada di Ipoh.. Letih woo drive hari ni.. memang sangat panas di tengah highway..huhu selamat gak aku sampai..

  • Share/Bookmark

Entri Dibawah Mungkin Berkaitan

Subscribe to updates

23 komen. Ada pendapat yang nak di kongsikan??

  1. kulanz
    Nov 29, 2009 at 15:01:01
    #1

    Skrg ni takut betul nak drive… macam2 kejadian bole blaku t’utama musim perayaan… Jumaat lepas sya drive awal pagi, nampak ada kemalangan, kereta masuk gaung… apa2 pun.. moga semua driver lebih bhati-hati..

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @kulanz, dats right bro..mcm2 jenis ade skang ni..yg pling berisiko penunggang motosikal..pemandu kete ni bukan nak tgok sgat pemandu motosikal ni..
    tu yg bnyak antara diorg yg maut..klu org yg bawa mototu mat rempit lain hal la.. ni yang dok elok bawa dgn penuh berhemah tu yg diorg nak lggar..huhu

    Quote

    [Reply]

    kulanz Reply:

    @Mr. Cuz, betul tu bro.. kasihan klu mangsa tlibat tu org yang selalu bhati-hati…

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @kulanz, tu la pasal bro..pemandu kat m’sia ni xramai yg prihatin terhadap bnde2 mcm ni sebenarnya..huhu

    Quote

    [Reply]

  2. syinrayafa
    Nov 29, 2009 at 15:01:23
    #2

    kemalangan aku termasuk gak ke ni…? hehehe….

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @syinrayafa, ko kemalangan mcm mner bro??citer la ckit..huhu

    Quote

    [Reply]

  3. azizan4444
    Nov 29, 2009 at 16:01:04
    #3

    aku xcdent dgn lalat nyamuk bro..bengkak dahi aku..muhahah…

    selamat memndu kepada semua pengguna jalan raya..semoga anda selamat tiba ke destinasi yang ditujui..ingatlah orang yang anda sayang dan orang yg sayang anda..pesanan khidmat masyarakat ini ikhlas dari http://azizankadir.com/

    Quote

    [Reply]

    diaien Reply:

    @azizan4444, eksiden ngan nyamuk xper. jgn ngan kutu babi, najis. kekeke

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @azizan4444, tu eksiden yg semua org benci..wakaka
    siap promote blog sendiri nampak..wakaka :haha:

    Quote

    [Reply]

  4. Fathiha Zainal
    Nov 29, 2009 at 17:47:21
    #4

    Mcm2 ragam pemandu skrg ni kn.. Itu yg leh jd xcident sana, xcident cni. Kdg tu, kita dh hati2, org len buat hal. Huhu..

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Fathiha Zainal, bese la..dh nama pun manusia..ade yg nak cepat..ade yg cool je bawa..haha
    tp kalau dh kene tu sabar jela..huhu

    Quote

    [Reply]

  5. unwanted
    Nov 29, 2009 at 18:41:30
    #5

    kemalangan jalan raya adalah sejajar dengan peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya.
    semakin banyak kenderaan semakin banyak kemalangan.
    kalau hendak sifarkan, macam tak logik.
    kalau hendak kurangkan, memang logik.

    cara paling berkesan untuk kurangkan kemalangan jalan raya adalah ubah sikap dan cara memandu.
    tapi bab ini yang paling susah ni..:)

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @unwanted, mmg betul bro..sikap manusia yg paling susah..tp aku penah dengar satu peribahasa..
    “sedangkan ombak boleh berubah, inikan manusia”
    lambat la nak tggu manusia berubah..wakaka :haha:

    Quote

    [Reply]

  6. dilot
    Nov 29, 2009 at 23:59:41
    #6

    kucing aku kemalangan langgar sliding pintu leh tak…sbb lari laju2 bile dgr je kereta abah aku masuk kawasan rumah…kehkehkeh..

    malunye aku org johor, ni mesti motor ni kot, kalau kat area jb, motor mmg simpang siur jalan, member aku dtg dr n9, tkt nak drive kat jb, sbb motorla…

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @dilot, ko org johor rpenyer yer..huhu..
    kucing ko tu mati tak??keh3.. :haha:

    Quote

    [Reply]

  7. Nina
    Dec 2, 2009 at 22:02:25
    #7

    Sekarang ni…orang kuantan bawa kereta ganaz2.. aihhhh…~

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Nina, ai..nina dok kuantan ker??huhu

    Quote

    [Reply]

    Nina Reply:

    @Mr. Cuz, yup.. nina orang kuantan.. yeppp… pahang…~~ study je kat bangi~.. merantau~..

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Nina, bagus la tu..skang ni mne de org dok dlm negeri sendiri jer..hehe
    masa blaja ni la kiter nak merantau..hehe :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

  8. TedRichie
    Dec 3, 2009 at 11:15:38
    #8

    yg penting cukup tidur, selesa n pandu dgn selamat… salam blogwalk

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @TedRichie, sememangnya itulah yg sepatutnya dilakukan..huhu :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

  9. blogger_boy
    Dec 6, 2009 at 22:06:54
    #9

    bukan jalan raya jek..kat dalam market pom boleh berlaku kemalangan..

    tengok post BB di blog

    http://fpmstudios.com/blogger/2009/12/06/kbmall-runtuh/

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @blogger_boy, :thanx: BB..nnt cuz g baca..hehe :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

Add to Technorati Favorites

Tinggalkan komen

Tags:
Separate individual tags by commas

This site employs the Wavatars plugin by Shamus Young.

wordpress seo