Jul

Salam hormat semua dari Cuz.. Update ringkas je dari aku hari ni.. Sepanjang minggu peperiksaan ni aku mungkin dan sememangnya jarang online.. So aku minta maaf la banyak² kepada korang semua yang singgah ke blog aku tapi aku tak dapat singgah kembali..huhu Nanti kalau aku dah habis exam aku akan kembali aktif.. Insya Allah..
Teruskan pada tajuk entri aku pada hari ni 11 Perkara Perempuan Perlu Tahu.. Korang orang perempuan rasa korang dah cukup tahu pasal lelaki atau lebih tepat yang boleh aku katakan kat sini pasangan korang la.. Segala isi hati, perkara yang disukainya, dan apa sahaja la, korang rasa dah tahu?? Kat sini aku akan senaraikan apa yang korang sepatutnya tahu tentang lelaki ni..
11 PERKARA PEREMPUAN PERLU TAHU
1. Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
2. Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan korang melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!
3. Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
4. Benci ibunya. Korang pikiaq la sendiri!!
5. Jika ilmu korang lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari korang. Ni yang korang paling suka buatkan.
6. Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
7. Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai korang atau ingin mengenali korang. Sesungguhnya aku benci perkara ni!!!
8. Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki korang membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.
9. Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah korang hindarkan.
10. Jangan cerita tentang keburukan pasangan korang. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut jika mahu hubungan berpanjangan.
11. Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki dan memang aku terus mintak purus dengan perempuan macam ni. Percayalah!!!
Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan korang. Aku ada sebuah madah yang ingin dikongsikan dengan korang semua :
” Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.”
Sekian sahaja entri daripada aku.. Ambil yang jernih hapuskan la yang keruh.. Sekian…
p/s – entri ini diambil dari cuzshar-dot-kom
Tags: cerita perempuan, kisah wanita, perempuan perlu tahu tentang lelaki


