Personal blogs
bannerWELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik SINI Cantik tak gambar kapel yang tak dikenali sebelah ni??
Dec
19th

Mari jadi JUTAWAN INTERNET

Dikarang oleh Mr. Cuz | dalam Duniaku

kamiblogger level 4

Assalamualaikum…
Memula sekali,aku nak ucapkan ‘SALAM MAAL HIJRAH’ dan ‘SELAMAT TAHUN BARU’.
Bila datangnya tahun baru,semestinya wujud AZAM BARU.Apa azam baru korang? Ade tak siapa-siapa yang mahu jadi JUTAWAN INTERNET?Lau korang tanya aku, mestilah aku nak jadi jutawan gak. Alhamdulillah, sekarang tibalah masanya untuk menaip entri LEVEL 4 MASTER KAMIBLOGGER. Kali ini,topik yang aku nak bincangkan ialah berkenaan JUTAWAN INTERNET. Susah ke nak jadi jutawan internet? Camne nak jadi jutawan? Ape yang aku HARUS buat? Tiap hari aku ngadap PC berinternet tapi takde sape pun gelar aku jutawan…

Baiklah,buat pertama kalinya,aku nak kenalkan seorang jejaka jambu yang bergelar AMMAR ZAHAR. Walaupun dia tak kenal aku, tapi aku amat teruja untuk mengenali dan mengorek rahsia-rahsia kejayaan beliau.Untuk pengetahuan korang, Ammar Zahar atau nama sebenarnya ialah Muhammad Ammar bin Zaharuddin. Anak kelahiran Johor ini kini menetap di Negeri Sembilan.Beliau menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 22 pada Mac yang lalu. (baye-baye aku gakla nih)Dan beliau juga masih lagi menuntut di salah sebuah IPTA tempatan dalam bidang landskap. Di dalam kesibukan menimba ilmu, beliau masih lagi mampu mencuri masa melakukan usaha mencari pendapatan sampingan yang sebaliknya kini sudah mampu untuk menjadi beliau hidup selesa.(dia boleh,aku pon boleh)Dalam masa kurang daripada 2 tahun beliau berada di dunia internet, Ammar sudah mampu menjana keuntungan sehingga 5-Angka sebulan!Memang satu pencapaian yang hebat untuk seseorang yang masih baru dan muda seperti beliau.

Pemasaran Affiliate adalah merupakan niche kegemaran beliau. Menurut saudara Ammar, bidang ini menjadi pilihan beliau kerana beliau tidak perlu bersusah payah menyediakan produk untuk dijual, dan membina banyak blog untuk tujuan SEO. Pun begitu beliau masih berupaya menghasilkan beberapa produk sendiri dari semasa ke semasa. Bermula dengan ebook ‘Rahsia Squeeze Page’ yang diedarkan secara percuma pada waktu itu, kemudian beliau melancarkan pula ‘Koleksi Grafik V2’ pada bulan berikutnya.

Di dalam bulan yang sama juga (Ogos, 2008), Ammar menlancarkan pula program PPLnya yang pertama, dengan menyebarkan lapuran percuma beliau yang berjudul ‘Rahsia Usahawan Internet’. Bulan berikutnya pula, satu lagi ebook beliau lancarkan. Kali ini dengan ebooknya yang berjudul ‘Rahsia Newbie’ pula. Kini, beliau khabarnya sedang dalam rangka menyiapkan satu lagi produk terbarunya. Juga khusus untuk newbie. Ammar juga kini sudah mula bergerak melangkah ke peringkat antarabangsa, dan sedang bercita-cita besar untuk meletakkan dirinya sebaris dengan Eric Rockefeller, Chris X. Mike Filsaime dan sebagainya.

Ape perasaan korang selepas baca biografi beliau? Kagum?? Cemburu?? Teruja nak bergelar jutawan??(Jangan risau,dengan Power Roots… “Anda Juga Boleh Jadi Jutawan”…)Memandangkan aku bukanlah seorang jutawan tetapi bercita-cita menjadi jutawan,maka aku mahu kongsi dengan korang rahsia sang jutawan yang telah berjaya aku korek dengan harapan agar korang pon bercita-cita untuk jadi jutawan dan kita sama-sama bergelar JUTAWAN.(haha..sila baca sampai paham). Dah bersedia?(on your mark,get set..go!!!)


Hasil daripada kajian dan pemerhatian aku ini,aku dapati bahawa untuk bergelar JUTAWAN INTERNET haruslah mempunyai kualiti 3P.
1.PRODUK yang istimewa: korang HARUS pandai memilih produk yang sesuai dan rajin-rajinlah buat kajian sebelum membuat keputusan.
2.Berfikiran seperti PEMIMPIN: jangan hanya pandai jadi pengikut! Anda andalah apa yang anda fikirkan,mahukan,impikan!!!
3.PERKONGSIAN nilai: Nilai bersama yang utama yang Islam tekankan adalah amanah. “Amanah adalah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Allah dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan ataupun kepercayaan.”
Maka,tunaikanlah amanah anda terhadap Maha Pencipta,ibubapa yang mendidik kita dan amanah sesama manusia.

Diharap korang semua mendapat motivasi dan inspirasi selepas membaca karangan aku ini. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan membantu umatNya andai umatNya sendiri tidak berusaha untuk membantu diri menuju kejayaan…

Seperti biasa,sebarang kutukan-komen-aduan,sila kemukakan diruangan komen..Komen korang amat bernilai buat aku..Terima kasih,salam sayang dari Mrs Cuz

  • Share/Bookmark

Entri Dibawah Mungkin Berkaitan

Subscribe to updates

31 komen. Ada pendapat yang nak di kongsikan??

  1. sepul
    Dec 20, 2009 at 00:17:48
    #1

    nice info bro..ade jumpa buku yg die tulis td kat kedai buku MPH..tak terbeli lak..pape pon gud luck keh.. :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @sepul, :thanx: bro….aku pon lom pnh beli buku yg bliau tulih..

    Quote

    [Reply]

  2. petom
    Dec 20, 2009 at 00:39:32
    #2

    :tepuk: gud luck….

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @petom, haha :thanx:

    Quote

    [Reply]

  3. beliamuda
    Dec 20, 2009 at 07:57:19
    #3

    memang kebanyakan nak jadi jadi jutawan pun kan. sekurang2nya, membaca kisah mereka yang telah berjaya memberi motivasi kepada orang lain unutk berjaya sama.

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @beliamuda, best gak kan jd jutawan..tido atas duit.. :tepuk: jom jadi jutawan….

    Quote

    [Reply]

  4. mr.mind
    Dec 20, 2009 at 16:00:22
    #4

    mr.mind kembali….leh kaye ke???

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @mr.mind, Dimana ada MAHU,di situ ada PERAHU,
    lau ko nak TAHU,ko cube dulu..barula TAHU…. :haha:

    Quote

    [Reply]

  5. azizan4444
    Dec 20, 2009 at 20:59:11
    #5

    ko nk jadi jutawa ke bro?huhu..pnjg snggh entri ni..2 hari 2malm aku nk abes kn..muahaha

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @azizan4444, ko nak jd jutawan tak?? uish,lame tul ko membaca..baru khatam a.b.c ke nih??? :haha:

    Quote

    [Reply]

  6. meezwan
    Dec 21, 2009 at 00:01:04
    #6

    muda-muda dah kaya..huhu..jeles aku..aku pun nak jadi jutawan gak.. :thumbsup:

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @meezwan, jom jadi jutawan…..

    Quote

    [Reply]

  7. Nina'
    Dec 21, 2009 at 02:13:04
    #7

    :thumbsup:

    good luck cuz.. mesti boleh..~ pernah juge baca someone umur 18 dpt pndpatan 5 angka sebulan, dia ada bagi talk kat ukm dulu~

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Nina’, mekasih…wow,kaye nye..sape org tuh nina’?

    Quote

    [Reply]

    Nina' Reply:

    @Mr. Cuz,
    namanya adly aka lebanaon,
    temannya tua cikit, zhafran..

    diaorang ada team flarebiz..

    x taw ape citer skrang..

    pastu ade juge web lain mcm
    http://majalahim.com

    =)

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Nina’, :thanx: sudi berkongsi..nah :bunga: untuk nina’

    Quote

    [Reply]

    Nina' Reply:

    @Mr. Cuz,
    same2…
    xpe2.. tolong kawan2.. hehe..
    yg pntg kena brani taw cuz~

    Quote

    Mr. Cuz Reply:

    @Nina’, :thanx: :cute: ni yg syg kat nina nih :bunga:

    Quote

    [Reply]

  8. dilot
    Dec 21, 2009 at 20:07:18
    #8

    lame giler aku tak singgah blog ko..hehe

    aku bab2 ni bisnes ni mmg teruje..suka bace..=) tp lmbt sikit bace blog ko..baru start blogwalking balik…hehe..

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @dilot, nape dh lm tak singgah?
    mane ko pegi? bz ke?

    bagusla lau ko suke bace…mekasih..:)

    Quote

    [Reply]

  9. diaien
    Dec 23, 2009 at 02:25:26
    #9

    siapa tak nak jadi jutawan beb. orang gila pun nak.

    Itu lah contoh IM yang berjaya. kita bila lagi???

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @diaien, haha..org jutawan pon leh jd gila bile da bankrap kan??? :haha:

    Quote

    [Reply]

  10. x-po
    Dec 23, 2009 at 05:24:51
    #10

    wah, rmai btl wat entry cmni, utk kamiblogger..hehe

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @x-po, ramai ke?? cabaran dah berakhir pon..legaaa :zzz:

    Quote

    [Reply]

  11. Dak Wan
    Dec 24, 2009 at 07:52:35
    #11

    Just my 2 sen, jikalau semua mengejar kerja internet, sapa nak kejar kerja betul erk?

    Quote

    [Reply]

    diaien Reply:

    @Dak Wan, bukan semua orang suka ngadap pc bro. yang minat dan ada kemahiran je. jgn risau ngan keje2 lain. sebab tu tuhan jadikan manusia lain-lain kepakaran, lain2 minat dan sebagainya.

    Quote

    [Reply]

    Dak Wan Reply:

    @diaien,

    Interested nak tahu ni :)
    Buat masa sekarang ni,pada pendapat diaien, perniagaan alam maya di Malaysia masih lagi di peringkat mana eh?

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Dak Wan, sekarang nih ne pandai merebut pluang…org yg dah ade keje pon masih boleh keje depan PC….pluang ade dimana-mana.lau kita ada kemahiran IT,tak salah lau kita gunakan kemahiran tuh untuk tambah pendapatan… lagipon perniagaan ni kan 9/10 drp sumber rezeki…:)

    Quote

    [Reply]

  12. Nine
    Dec 26, 2009 at 05:41:45
    #12

    owhh ghiteww ke…. :tepuk:

    Quote

    [Reply]

    Mr. Cuz Reply:

    @Nine, camtulah..:)

    Quote

    [Reply]

  13. AJ
    Jan 30, 2010 at 08:06:49
    #13

    Nak jadi jutawan. jutawan blog je lah boleh kot..

    Takpa kayuh pelan pelan… :D

    Quote

    [Reply]

Add to Technorati Favorites

Tinggalkan komen

Tags:
Separate individual tags by commas

This site employs the Wavatars plugin by Shamus Young.

wp