Sempena menyambut kehadiran Tahun Baru Cina yang bakal tiba ni, kita akan dimeriahkan lagi dengan satu filem epik hebat lakonan Jackie Chan dan Wang Lee Hom bertajuk Little Big Soldier.. Filem epik yang memakan masa sejam lebih ini berkisar tentang tentera berpangkat rendah dari wilayah Liang yang berjaya menawan jeneral muda dari wilayah Wei.. Dia kemudiannya menggunakan jeneral tersebut untuk melepaskan diri dari tawanan musuh dan membawanya pulang untuk mendapatkan habuan dari pemerintah Liang.. Sepanjang perjalanan pulang ke wilayahnya itu, dia dan jeneral muda telah ditemukan dengan pelbagai tragedi yang akhirnya memaksa kedua-duanya menjadi kawan baik..
SINOPSIS -- Kisah Little Big Soldier ini bermula selepas berlakunya peperangan besar yang mengorbankan banyak nyawa antara wilayah Wei dengan Liang.. Dalam peperangan tersebut, seorang tentera berpangkat rendah, lakonan Jackie Chan, berjaya menjadi satu-satunya tentera yang terselamat.. Untuk melepaskan diri dari tawanan musuh dan keluar dari medan peperangan dahsyat yang berlaku selama sehari suntuk itu, dia telah menawan seorang jeneral muda yang cedera, lakonan Wang Lee Hom..
Little Big Soldier ini telah menelan belanja sebanyak USD25 juta, diarahkan oleh Din Sheng.. Filem ini akan menemui peminatnya di pawagam seluruh negara pada 14 Febuari ini.. Jackie Chan selaku penulis skrip dan orang yang bertanggungjawab menerbitkan filem ini memberitahu, Little Big Soldier pernah mengalami masalah penangguhan yang keterlaluan.. Ia mengambil masa selama 20 tahun untuk menyiapkan idea, konsep dan lakon layarsebelum menjalani pengambaranya di Yunan, China, pada januari 2009..
WATAK JENERAL -- Sebelum mengambil Wang Lee Hom, Jackie Chan pada mulanya menginginkan Daniel Wu memainkan watak jeneral muda dari Wei itu.. Tapi setelah mendapati pelakon tersebut pernah bersamanya dalam dua buah filem, dia membatalkan hasrat tersebut.. Cuba menyelesaikan masalah, isterinya, Joan Lin, mencadangkan anaknya, Jaycee Chan.. tetapi, Jackie Chan menolak sekeras-kerasnya cadangan tersebut.. Tidak lama selepas itu, Joan mencadangkan pula nama Wang Lee Hom.. Waktu itu juga, Jackie Chan bersetuju dan terus mengambil pelakon berusia 34 tahun itu sebagai pelakon penting dalam filem ini..
Untuk memeriahkan lagi cerita Little Big Soldier ini, kat sini aku akan memberkan sedikit video trailer mengenai filem Little Big Soldier ini.. Untuk mengetahui sama ada filem Little Big Soldier ini best atau tak, sama² la kita tunggu kehadirannya di pawagam² yang berhampiran yer.. Kalau best nanti korang bagi la pendapat korang.. Lepas tu baru aku pergi tengok kot..ahakz.. Sekian..
WELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik 




Jan 30, 2010 at 16:42:04
inilah filem yg saya tunggu untuk februari ini..hehe
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
February 1st, 2010 at 5:17 pm
@cik muda sara, jom tengok sama²..hehe
Quote
[Reply]
Jan 30, 2010 at 19:38:05
nak download lah.. heheh
Quote
[Reply]
Jan 31, 2010 at 01:18:25
cite jackie sume mesti best2..hehe
Quote
[Reply]
petom Reply:
February 1st, 2010 at 1:29 pm
@x-po, stuju…cite the mummy yg micheal yeoh blakon gak tuh pon best…mmg mghiburkan..
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
February 1st, 2010 at 5:17 pm
@petom, ade je la ko ni petom..hahaha
Quote
[Reply]
petom Reply:
February 2nd, 2010 at 9:17 am
@Mr. Cuz, hahahahaha..kejam tul ayat ko..*ayat menghalau tuh*
Quote
[Reply]
Feb 2, 2010 at 19:36:40
aku dari dulu mmg tak suka tengok cite cina hahaha
cuma cerita cina lama yang kat tv3 jee aku layan sebab free
Quote
[Reply]
Feb 4, 2010 at 14:31:58
huhuhu aku minat jackie chan,semua cerita dia best²
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
February 4th, 2010 at 5:42 pm
@wazy, yeke bro..ko mmg patut g tengok la citer ni..hahaha
Quote
[Reply]