
The Legend Of Rock.. Itulah tajuk entri yang aku cuba nak sampaikan pada korang semua.. Bukan aku tau sangat pasal dunia rock ni tapi aku rasa tak ramai yang tahu pasal kuasa dunia rock yang sebenar.. Oleh yang demikian, aku rasa aku ingin berkongsi sedikit ilmu pasal dunia rock ni.. Terdapat beberapa band di dunia ini yang telah berjaya mempengaruhi dan membawa muzik rock diorang ke serata pelusuk dunia dan aku gelarkan mereka kat sini sebagai The Legend Of Rock..

1. NIRVANA – Ada yang masih meragui tentang band ni?? Band ini ditubuhkan pada 1987 dan DEAD pada 1994.. Nirvana hanya ada 3 buah album iaitu Bleach (1989), Nevermind (1991), In Utero (1993) dan terbaru (tak baru sangat juga la) Live At Reading.. Nirvana berjaya mempengaruhi dunia untuk menerima muziknya.. Dengan album² tersebut juga diorang berjaya memperkenalkan GRUNGE hingga ke serata dunia.. Tak hairanlah kalau ramai yang sebulat suara memilih Nirvana sebagai pencetus pada revolusi GRUNGE yang sebelum ini hanya dikenali di Seattle, US.. Biarpun jangka hayatnya pendek, namun impak yang di cetuskan amat dahsyat..

2. WEEZER – Tahun ditubuhkan 1992 dan masih dalam dunia seni antarabangsa.. Sudah mempunyai 7 album setakat ni.. Album terbaru Ratitude.. Walaupun namanya dah tak sepopular dahulu, namun Weezer masih lagi dianggap penting dan relevan dengan suasana muzik hari ini.. Terlalu banyak sumbangan yang diberikan sehingga ramai yang tidak teragak-agak memanggilnya sebagai OTAI.. Semuanya tidak lain lagi kalau bukan krediabiliti muzik yang diketengahkan.. Selain mengangkat martabat alternatif rock, Weezer juga berjaya mempengaruhi banyak pembentukan band² yang ada di seluruh dunia, contohnya Ash, Bloc Party dan Brand New..

3. TOKIO HOTEL – Ditubuhkan pada 2001 dan telah mempunyai 3 album.. Album terbaru mereka Humanoid.. Tokio Hotel baru 5 tahun berada dalam industri, tapi impak yang diberikan oleh Tokio Hotel cukup mengujakan.. Album² yang dihasilkan bukan sahaja mencapai jualanjutaan unit, malah turut menjadi inspirasi kepada golongan pemuzik.. Ramai berpendapat, Tokio Hotel cepat meraih perhatian kerana diorang mempunyai identiti muzik yang tersendiri.. Walaupun telah memaklumkan yang diorang membawa konsep Pop Rock, tapi disebabkan oleh sentuhan elemen² tertentu, ramai yang masih berdebat ke atas konsep yang dipertaruhkan oleh band asal German ini..

4. THE KILLERS – Ditubuhkan pada 2002 dan mempunyai 3 buah album setakat ni.. Cetusan bunyi rock 80-an yang diketengahkan berjaya menjadikan The Killers sebagai sebuah Band Rock yang unik dan beridentiti.. Lagu²nya yang memberangsangkan dan menghiburkan juga menjadi penyebab kenapa ramai yang begitu tertarik dengan band asal Las Vegas ini.. The Killers yang terlebih dahulu mencipta nama di England sebelum di perkenalkan ke seluruh dunia oleh Island Def Jam Records, disifatkan sebagai band rock generasi moden yang menonjol.. Kewujudannya turut menjadi inspirasi kepada banyak band yang baru ditubuhkan atau telah lama dalam industri..

5. BON JOVI – Ditubuhkan pada 1983 dan mempunyai 11 album.. Album terbaru Bonjovi ialah The Circle.. Tak perlu lagi diperkenalkan kerana Bon Jovi sememangnya sebuah band rock yang berpengaruh.. Sebut je nama, muzik dan lagu²nya, pasti ramai yang mengenali Bon Jovi yang berasal dari New Jersey ini.. Bon Jovi yang memainkan genre rock ini ditubuhkan sejak tahun 1983.. Bon Jovi dipercayai mencipta nama besar-besaran pada tahun 1986 menerusi album ketiganya, Slippery When Wet.. Bermula dari situ, Bon Jovi terus berdiri menjadi band rock gergasi yang disegani.. Lebih penting, diorang masih lagi bertahan dan mengekalkan populariti namanya melebihi 25 tahun..
Itulah kesemua band rock yang telah membawa banyak pengaruh dalam dunia rock.. Aku harap dengan penyampaian aku yang tak seberapa ni korang dapat la sedikit input mengenai band² rock terkemuka dunia ini.. Aku harap pada masa² akan datang akan wujud lagi band rock seperti diorang ni.. Sedikit sebanyak dapat mewarnai dunia rock yang telah sedia ada.. Sebenarnya masih banyak band² rock, tapi setakat ini aku ada info mengenai mereka jer..hehe Sekian..
WELCOME, SELAMAT DATANG ke Cuzshar-DOT-k0m.. Aku (Mr. Cuz) mengalu-alukan kedatangan korang ke blog ini.. Bagi korang yang baru menemui blog ini jangan lupa tinggalkan jejak supaya senang aku nak jenguk korang.. Kepada yang dah lama follow blog ni tahniah la.. Korang nak kenal dengan pemilik blog yang kacak ni?? Klik 




Feb 8, 2010 at 14:09:55
search dan wings pun legend rock gak kan..hehehe
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
February 11th, 2010 at 5:20 pm
@atie, yer atie..diorang lagend dalam m’sia je..hehehe tapi still rock gak..
Quote
[Reply]
Feb 8, 2010 at 16:30:11
hehe..layan gakla nirvana n bon jovi….ensem gak diorang2 nih ek…rock2 pon tetap colourful..cayalah bon jovi..*baru ku sedar*
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
February 11th, 2010 at 5:20 pm
@petom, ko minat ke rock petom??bukan ko suka nasyid ker??huhu
Quote
[Reply]
Feb 9, 2010 at 17:07:04
Bon Jovi n Nirvana best woo r0ck
Quote
[Reply]
Feb 10, 2010 at 04:39:55
weezer, tokio hotel n da killers mmg terbaik..hahaha..
Quote
[Reply]
Mr. Cuz Reply:
February 11th, 2010 at 5:31 pm
@azizan4444, ko kenal diorang ker??hahaha
Quote
[Reply]
azizan4444 Reply:
February 11th, 2010 at 11:28 pm
@Mr. Cuz, dorang yg knl aku..slalu ajk jumpa..hahahaha
Quote
[Reply]